BAB 22

Romance Completed 13711

Di Vila Orkid, selepas Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah bersama Harris Iskandar dan Salsabila Hana. Salsabil Hana tiada sesiapa untuk menjadi penjaminnya. Nasib Tan Sri Hizuddin sudi menjamin Salsabila Hana. Tan Sri Hizuddin memandang sayu wajah Salsabila Hana.

"Harris, ceritakan kepada papa apa sebenarnya yang berlaku?" soal Tan Sri Hizuddin meminta penjelasan daripada Harris Iskandar.

"Emmm.. Semua ni salah faham je papa. Harris pun tak kenal siapa perempuan ni" jelas Harris Iskandar.

"Habis, kenapa dia ada bersama kamu" soal Tan Sri Hizuddin.

"Errrr... Sebenarnya, dia datang hantar kek je pun, papa. Tiba-tiba je ustaz tu datang, papa" balas Harris Iskandar sambil memandang Salsabila Hana yang hanya memunduk wajahnya sambil mengelap air mata.

"Kamu, Hana. Betul ke apa yang Harris cakapkan ni" pinta Tan Sri Hizuddin mahukan penjelasan daripada Salsabila Hana.

"Betul, tuan. Saya cuma hantar kek saja. Saya pun tak kenal Encik Harris. Kami tak dak apa-apa hubungan pun" jelas Salsabila Hana apabila dia diminta untuk mempertahankan diri.

"Harris, papa dapat maklumat yang kamu selalu bawa perempuan lain ke rumah? Betul ke? Siapa yang kamu selalu bersama? Nurin Inara ke?" soal Tan Sri Hizuddin lagi. Dia mula berasa marah apabila mendapat tahu bahawa Harris Iskandar berkelakuan tidak senonoh.

"Errrr....... Maafkan Harris, papa mama" ucap Harris Iskandar memohon maaf atas kesilapannya.

Tan Sri Hizuddin begitu marah dan berasa malu apabila anak tunggalnya, Harris Iskandar ditangkap berkhalwat bersama wanita yang tidak dikenali. Lama juga Tan Sri Hizuddin berfikir. Dia perlu menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera. Malam ini juga dia perlu menyelesaikan masalah ini supaya tidak diketahui orang lain.

"Harris, papa nak kamu berkahwin dengan Hana" cadang Tan Sri Hizuddin apabila dia berasa Harris Iskandar perlu bertanggungjawab dengan perbuatannya.

"Emmm... Tapi papa. Kami belum lagi didapati bersalah. Semua ini salah faham saja papa. Tunang Harris, Nurin Inara bagaimana? Harris sayangkan dia, papa" bantah Harris Iskandar dengan cadangan Tan Sri Hizuddin untuk menikahkan dia dengan Salsabila Hana.

"Kamu jangan buat papa naik darah, Harris. Kamu dah cukup memalukan papa dan mama. Sekarang papa mahu kamu bertanggungjawab. Faham?" pekik Tan Sri Hizuddin apabila Harris Iskandar cuba membantah.

"Maafkan saya, tuan. Saya tak dapat mengikut cadangan tuan. Saya ni anak yatim piatu. Saya tiada siapa-siapa. Tolong jangan kahwinkan saya dengan anak tuan" rayu Salsabila Hana. Dia rasa seperti ingin meraung ketika itu. Hatinya gelisah memikirkan perkara itu.

Keadaan mula tegang apabila Harris Iskandar tetap mempertahankan hubungannya bersama Nurin Inara. Manakala Tan Sri Hizuddin mahu Harris Iskandar bertanggungjawab ke atas kesilapan yang dilakukannya.

"Papa nak kamu bernikah dengan Hana, jika tidak. Kamu jangan harap sesen pun daripada harta papa. Kamu faham tak?" ugut Tan Sri Hizuddin apabila dia sudah hilang sabar dengan sikap Harris Iskandar yang mahu mempertahankan kesalahannya.

Semakin kuat kedengaran esakan tangisan Salsabila Hana. Kini dia perlu harungi satu lagi masalah yang timbul. Dia tiada tempat untuk mengadu. Hidup sebatang kara tanpa ada insan tersayang di sisinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience