BAB 56

Romance Completed 13711

Hampir 2 minggu Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah berada di Malaysia. Mereka perlu segera pulang ke London. Banyak urusan mereka di sana yang masih tertangguh. Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah berharap Harris Iskandar akan pulih seperti sediakala. Urusan syarikat Harris Iskandar akan diuruskan oleh pengurus syarikat buat sementara waktu. Segalanya berjalan dengan lancar.

"Hana..... Mama tak nampak Nurin pun di sini. Dia ke mana?" tanya Puan Sri Aisyah.

"Emm... Hana tak tahu, mama" balas Salsabila Hana tidak mahu memanjangkan cerita mengenai Nurin Inara dan Harris Iskandar.

"Mama papa akan balik ke London malam nanti. Hana tolong jagakan Harris ya. Nanti bila Harris dah sedar, Hana beritahu mama dan papa ya" terang Puan Sri Aisyah sambil memberikan sekeping kertas kecil yang tertera nombor telefon mereka.

"Hana jaga diri ye. Jangan abaikan kesihatan kamu. Papa sudah arahkan staff papa untuk masukan wang ke dalam akaun kamu" pesan Tan Sri Hizuddin.

Tan Sri Hizuddin juga mengarahkan Sofea Adriana supaya memasukan sejumlah wang ke dalam akaun Salsabila Hana untuk perbelanjaannya sepanjang Harris Iskandar terlantar sakit. Sebelum ini, Harris Iskandar setiap bulan akan memasukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan Salsabila Hana. Tetapi, Salsabila Hana tidak pernah menggunakannya.

"Terima kasih, papa. Insha Allah Hana akan jaga tuan sebaik mungkin" balas Salsabila Hana sambil bersalaman dan berpelukan dengan mertuanya.

Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah beredar untuk ke lapangan terbang. Mereka akan terbang balik ke London malam ini juga. Salsabila Hana melambai-lambai tanganya sebagai ucapan selamat tinggal.

Sekarang yang tinggal hanya dirinya dan Harris Iskandar. Dia juga akan mengingati segala pesanan yang diberikan kepadanya. Dia perlu menjaga Harris Iskandar sebaik mungkin.

"Abang, mama dan papa dah balik. Tinggal kita berdua je di sini. Abang bangunlah cepat. Hana rindu abang" bisik Salsabila Hana.

"Abang, terima kasih sebab sudi jadi suami Hana walaupun dalam mimpi" usik Salsbila Hana sambil mencuit pipi Harris Iskandar.

Salsabila Hana cuba menghiburkan hatinya. Dia juga dapat merasai kesedihan mertuanya apabila melihat keadaan Harris Iskandar yang terlantar kaku dan dipenuhi wayar. Keadaan koma yang tidak pasti bila ianya akan berakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience