BAB 61

Romance Completed 13711

Setiap hari Harris Iskandar perlu melakukan senaman untuk menguatkan kembali kedua belah kakinya selain daripada melakukan rawatan fisioterapi di hospital. Salsabila Hana akan memastikan Harris Iskandar akan belajar berjalan menggunakan alat bantuan berjalan yang dipanggil resiprokal.

"Tuan, hari ni kita berjalan di taman ye" ajak Salsabila Hana sambil memapah Harris Iskandar ke atas kerusi roda.

"Dah 2 bulan kau buat benda yang sama. Kau tak bosan ke? Aku ni tak tau sampai bila boleh berjalan" beritahu Harris Iskandar dengan nada yang agak tinggi.

"Tak adalah, tuan. Saya ikhlas bantu tuan. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu tuan supaya dapat berjalan semula. Takkan tuan nak puan tengok tuan lumpuh dan hanya duduk di kerusi roda" terang Salsabila Hana sambil memberi semangat agar Harris Iskandar tidak mudah berputus asa.

"Emmm.. Betul juga cakap kau tu. Aku kena berjalan semula untuk isteri aku, Nurin Inara" balas Harris Iskandar dengan penuh semangat.

Salsabila Hana menolak kerusi roda Harris Iskandar ke taman di kawasan banglo. Dia memberikan alatan bantuan berjalan kepada Harris Iskandar. Harris Iskandar segera mengambil lalu mula untuk berdiri dan melangkah perlahan-lahan.

"Tuan, hati-hati" jerit Salsabila Hana apabila melihat Harris Iskandar seperti hilang kawalan.

Salsabila Hana sempat memeluk Harris Iskandar dari belakang daripada terjatuh. Harris Iskandar nyaris-nyaris terjatuh namun sempat diselamatkan oleh Salsabila Hana. Salsabila Hana bersyukur kerana Harris Iskandar tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Tuan, nanti kita ke pantai pula ya. Kita cuba kaedah dengan menimbus kaki tuan ke dalam pasir. Ramai orang cakap cara ni boleh memulihkan kaki yang lumpuh" beritahu Salsabila Hana.

"Emmm.. Ikut suka kau lah" balas Harris Iskandar yang hanya mengikut sahaja apa yang dicadangkan oleh Salsabila Hana.

Salsabila Hana meneruskan sesi berjalan di taman. Dia terus bersemangat untuk memulihkan kaki Harris Iskandar. Dia tahu yang hidupnya juga akan bertahan lama lagi.

"Tuan, alhamdulillah. Tuan dah boleh berjalan sedikit. Kita try tanpa resiprokal pula ya" tanya Salsabila Hana apabila dia melihat Harris Iskandar sudah mula melangkah sendiri.

"Ishhhhh... Aku nak cubalah ni. Kau duduk sajalah di sana. Menyibuk je kau ni" balas Harris Iskandar supaya Salsabila Hana tidak menggangunya.

"Baiklah, tuan" jawab Salsabila Hana cuba menjarakkan dirinya dari Harris Iskandar.

Salsabila Hana tidak pernah mengambil hati dengan apa yang dikatakan oleh Harris Iskandar. Dia perlu membakar semangat Harris Iskandar supaya dapat berjalan semula. Masa yang tinggal perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience