BAB 15

Romance Completed 13711

Harris Iskandar keluar makan tengahari di sebuah restorant bersama Johari. Johari merupakan kawan karib Harris Iskandar semenjak mereka sama-sama belajar di universiti lagi.

"Lama aku tak dengar cerita pasal Nurin. Apa cerita dengan dia sekarang?" soal Johari memulakan bicara.

"Aku pun lama juga tak jumpa dia. Dah hampir 8 bulan rasanya. Selepas aku berkahwin dengan Hana, sampai sekarang aku lost contact" balas Harris Iskandar sambil melihat menu di atas meja.

"Aku lagi pun sama juga. Lagi lama dari kau. Aku lost contact lepas habis study dulu. Kau bertunang dengan dia kan Harris" tanya Johari mahukan penjelasan. Kerana ketika itu dia masih berada di luar negara.

"Aku sebenarnya rindukan dia la, Johari. Aku berharap yang dia akan menjadi milik aku. Aku cuba contact dia tapi tak dapat. Aku pun buntu sekarang. Aku sentiasa teringatkan dia" jelas Harris Iskandar dengan penuh pengharapan.

"Ishhhh.. Kau ni Harris, habis isteri kau macam mana? Kesian kat Hana. Dia sekarang isteri kau bukannya Nurin" terang Johari apabila Harris Iskandar meluahkan isi hatinya.

Cinta tersimpul mati. Cinta yang tidak mungkin Harris Iskandar dapat lupakan. Cinta pertama yang sentiasa mekar di hatinya. Cinta antara Harris Iskandar dan Nurin Inara. Sumpah cinta hingga akhir hayat.

"Haih..... Jauh betul kau mengelamun Harris" usik Johari sambil menepuk bahu Harris Iskandar.

"Ishhh... Kau ni, terkejut aku.Tiba-tiba menghilang. Kau pergi mana?" tanya Harris Iskandar apabila Johari menepuk bahunya dari belakang

"Itulah kau, mengelamun jauh sangat. Sampai aku ke tandas pun kau tak perasan. Parah betul sakit kau ni, Harris" usik Johari lalu duduk di kerusi menghadap Harris Iskandar. Ditenung wajah sahabat karibnya itu.

"Emmmmm... Aku nak cari Nurin lah, Johari" ujar Harris Iskandar sambil tersenyum. Lain pula nadanya kali ini.

"Ishhhh... Kau ni dah fikir masak-masak ka? Isteri kau macam mana? Takkan kau nak tinggalkan dia semata-mata untuk hidup dengan Nurin yang pernah tinggalkan kau beberapa hari sebelum hari pernikahan kau" soal Johari dengan mengingati kembali saat Harris Iskandar bakal diijab kabulkan bersama Nurin Inara.

"Errr... Aku memang tak pernah sukakan Hana tu. Aku pun dah beritahu dia yang aku takkan pernah mencintai dia. Dia pun dah faham" balas Harris Iskandar untuk cuba menyakinkan Johari.

"Aku ni sebagai sahabat kau, aku nasihatkan agar kau jaga la rumah tangga kau baik-baik. Jangan menyesal dikemudian hari" nasihat Johari supaya Harris Iskandar tidak meneruskan rancangannya.

"Hana tu sakit. Kau tahu tak dia ada kanser otak. Entah berapa lama lagi dia boleh hidup" terang Harris Iskandar cuba meraih sokongan supaya dia dapat meneruskan niatnya untuk menikahi Nurin Inara.

"Ya Allah. Habis dia macam mana sekarang? Kau pula takkan nak biarkan dia seorang diri bertarung dengan sakitnya? Kau kena beri semangat dan sokongan untuk dia terus melawan sakit dan terus hidup. Kau suaminya Harris" kata-kata semangat yang diberikan Johari supaya Harris Iskandar berubah untuk memberi sokongan moral kepada Salsabila Hana.

"Okay Johari. Hati aku tetap dengan Nurin. Aku gerak dulu, nanti apa-apa contact aku okay" balas Harris Iskandar.

Harris Iskandar berlalu pergi meninggalkan meja makan. Harris Iskandar membuat bayaran di kaunter bayaran sebelum berlalu pergi. Dia tahu yang Johari pasti tidak akan setuju dengan racangannya untuk mencari Nurin Inara dan menikahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience