BAB 29

Romance Completed 13711

Rutin harian Salsabila Hana bermula. Dia perlu menyiapkan semua kerja rumah. Dia melihat jam sudah menghampiri jam 10.00 pagi, Salsabila Hana sedang menyidai pakaian di ampaian.

Semasa Harris Iskandar bersarapan tadi. Dia memberitahu Salsabila Hana supaya menyiapkan makan tengahari kerana dia mahu pulang dan makan tengahari di rumah.

"Hana.... Hana" panggil Nurin Inara.

"Ya, puan" balas Salsabila Hana.

"I nak keluar ni. Jangan beritahu Harris, okay" arah Nurin Inara berlalu pergi.

"Baik, puan" jawab Salsabila Hana.

Salsabila Hana sedang memasak. Penglihatannya kabur. Tiba-tiba dia rasa kurang sihat. Sakit kepala mula menyerang. Dia perlu mengambil ubat tahan sakit yang diberikan doktor.

"Argghhhh...Aduh, sakitnya" rintih Salsabila Hana. Dia mula memicit-micit kepalanya.

Salsabila Hana mengagahkan diri untuk berjalan. Dia cuba melangkah perlahan-lahan sambil meraba dinding. Di dalam hati, dia mengharapkan tiada apa-apa yang serius akan berlaku.

"Ya, Allah..... Sakitnya " hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya. Salsabila Hana mengerang kesakitan sambil tanganya memegang kepala. Semakin lama semakin kuat sakitnya.

Salsabila Hana cuba berjalan ke biliknya. Tiba -tiba dia terjatuh. Dia dengan semua tenaga mengesot ke biliknya. Peluh mula membasahi wajahnya.

"Hana... Hana... "panggil Harris Iskandar, tetapi tiada sahutan.

Harris Iskandar sampai di rumaah untuk makan tengahari. Dia mula mencari Salsabila Hana di dapur. Kemudian, dia memanggil Salsabila Hana di bilik tidur. Dia melihat Salsabila Hana sedang terbaring di atas katil.

"Ish....time sekarang dia jarang tidur. Dia sakit agaknya?" teka Harris Iskandar kerana berasa hairan.

Harris Iskandar cuba memanggil Salsabila Hana sekali lagi. Masih tiada sahutan. Dia segera masuk ke bilik Salsabila Hana. Salsabila Hana terbaring dengan kesan darah dihidung.

"Hana... Hana..." kejut Harris Iskandar sambil mengoncang tubuh Salsabila Hana.

"Ya, tuan. Maafkan saya. Saya tertidur" balas Salsabila Hana. Dia perlahan-lahan bagun dari katil.

"Jap ye,tuan. Saya hidangkan makanan" terang Salsabila Hana sambil melangkah ke dapur. Harris Iskandar mengekorinya.

"Mana Nurin, Hana?" tanya Harris Iskandar.

"Emmmmm.... Puan baru sahaja keluar, tuan" balas Salsabila Hana ringkas.

Harris Iskandar menikmati makan tengahari. Kelihatan dia sangat berselera. Salsabila Hana menghidangkan memu makan tengahari ala kampung. Ketam masak lemak cili padi, sayur kangkung goreng belacan, sambal belacan dan ikan goreng. Menambah- nambah nasi Harris Iskandar makan tengahari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience