BAB 47

Romance Completed 13711

Salsabila Hana dimasukkan ke wad kerana keadaannya yang tidak stabil. Harris Iskandar menantinya di ruang menunggu. Dia tidak pasti dengan keadaan Salsabila Hana. Dia mulai gelisah. Telefon bimbit Harris Iskandar berdering.

"Hello, Harris... Hana okay tak? Serius ke tak sakit dia?" tanya Tan Sri Hizuddin untuk mengetahui keadaan Salsabila Hana.

"Dia dah dihantar ke wad. Doktor cakap keadaannya tak stabil. Harris pun belum tahu keadaan dia sepenuhnya" balas Harris Iskandar.

"Okay Harris. Ada apa-apa beritahu papa ye" beritahu Tan Sri Hizuddin kepada Harris Iskandar lalu menamatkan perbualan.

Harris Iskandar terus ke wad di mana Salsabila Hana di tempatkan. Sekujur tubuh yang dipenuhi wayar terbaring kaku. Wajahnya yang pucat dipandang oleh Harris Iskandar dengan penuh kepiluan.

"Hana... Maafkan aku kerana gagal membahagiakan kau selama ini" sebak Harris Iskandar di sisi katil Salsabila Hana. Dia mengenggam erat tangan Salsabila Hana.

"Mama, papa. Ada beritahu Harris. Mereka akan datang menziarahi kau nanti. Sekarang kau rehatlah dulu ye" bisik Harris Iskandar ke telinga Salsabila Hana . Dia melihat Salsabila Hana yang masih terbaring kaku.

"Tuan...." panggil Salsabila Hana.

"Err.... Alhamdulillah... Kau dah sedar" balas Harris Iskandar lalu merenung wajah Salsabila Hana. Dia juga menyuap sesudu air putih ke mulut Salsabila Hana. Pasti Salsabila Hana kehausan.

Salsabila Hana dapat melihat perlakuan Harris Iskandar yang tidak keruan. Harris Iskandar bersyukur kerana keadaan kesihatan Salsabila Hana semakin pulih dan baik.

"Papa, mama" panggil Harris Iskandar apabila ternampak Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah berjalan menuju ke arah mereka.

"Hana.... Kamu okay tak? Bagaimana keadaan kamu? Kamu sakit apa Hana?" tanya Puan Sri Aisyah yang duduk di birai katil. Dia mengusap lembut kepala Salsabila Hana.

"Emmm... Alhamdulillah, Puan Sri. Hana baik-baik saja" balas Salsabila Hana sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Mama, papa.. Sebenarnga, Hana menghidap kanser otak. Sudah hampir 3 tahun. Sekarang doktor cakap kanser ni dah ke tahap 3" beritahu Harris Iskandar dengan nada sebak.

"Apa? Kanser! Ya Allah kesiannya kamu, Hana" sebak Puan Sri Aisyah lalu memeluk Salsabila Hana.

"Hana okay saja, Puan Sri. Terima kasih sudi datang melawat Hana di sini" ucap Salsabila Hana lalu melemparkan senyuman kepada Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah.

"Maafkan mama papa ye Hana kerana selama ini kami melayan kamu dengan buruk sekali" ucap Puan Sri Aisyah lagi. Sebak bila dia memikirkan dia perlakukan Salsabila Hana seperti orang gaji.

"Hana faham, Puan Sri. Hana tak pernah terasa hati" jawab Salsabila Hana dengan nada yang lembut supaya tidak menguris hati mertuanya.

"Mama, papa ada hal nak beritahu Harris" ujar Tan Sri Hizuddin.

"Kenapa, papa? Macam ada sesuatu yang penting je" tanya Harris Iskandar. Mahukan penjelasan.

"Minggu depan, papa dan mama akan berangkat ke London. Papa perlu memantau perniagaan kita di sana. Nanti ada kelapangan, kamu pergilah ke sana, Harris" beritahu Tan Sri Hizuddin terukir senyuman di wajahnya.

"Cepatnya, papa. Hari tu, bukan ke papa cakap lagi 3 bulan nak ke sana" kata Harris Iskandar.

"Kamu janganlah risau sangat, Harris. Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa pun tak sangka secepat ini" balas Tan Sri Hizuddin cuba memujuk Harris Iskandar apabila dia melihat sikap Harris Iskandar yang kebudak-budakkan.

"Mama, papa. Tolong beritahu Nurin, Harris teman Hana di sini" pinta Harris Iskandar kerana Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah mahu beredar.

"Okay, insyallah nanti mama sampaikan" balas Puan Sri Aisyah sambil melambai tangan.

Malam itu, Harris Iskandar bermalam di hospital untuk menemani Salsabila Hana. Salsabila Hana sudah melarang Harris Iskandar untuk bermalam bersamanya di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience