BAB 9

Romance Completed 13711

Rentak langkah Salsabila Hana semakin perlahan. Dia meninggalkan hospital tanpa arah tujuan. Terasa longlai kakinya untuk melangkah. Tiada lagi tempat untuk dia mengadu dan menceritakan masalah yang dihadapinya.

Fikirannya mula melayang memikirkan kehidupanya yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang mana kadang kala dia sendiri tidak mampu untuk mengharunginya sendirian. Tetapi dia perlu kuat untuk melawan penyakit kanser yang dihidapinya.

Terpancar terik sinar mentari yang menerangi alam semester. Kakinya terhenti di sebuah taman. Dia hanya memandang ke dalam tasik yang tenang. Hidupnya mempunyai kisah yang tersendiri. Dia menyandarkan badannya pada sepohon pokok teja yang besar dan rendang.

"Emmmm.....Aku rasakan dunia ini bagaikan berputar, tiada sedikit pun bahagia yang singgah di dalam hidupku. Hanya kesedihan yang dapat aku rasai. Kepada siapa aku ingin luahkan masalah yang terlalu membebankan aku. Kini aku rasa bagaikan dihempap seketul batu yang besar. Hati yang sedih ini sudah berkecai menjadi serpihan kecil yang sedang berterbangan" monolog Salsabila Hana sambil melayani perasaan.

"Perlukah aku berterus - terang dengan dia" bisik hati kecil Salsabila Hana. Dia mengutip beberapa batu kecil lalu membalingnya ke dalam tasik. Berkocak airnya.

"Ishhhhh... Bagaimana cara untuk aku berterus-terang dengannya" tanya Salsabila Hana sendirian. Di dalam dakapanya terdapat sehelai kertas. Kertas yang akan mengubah hidupnya. Kertas yang menentukan segalanya. Hasil keputusan ujian yang dibuatnya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan beberapa bulan yang lalu.

"Err... Perlukah aku beritahu dia perkara sebenar? Adakah dia akan mendengar semua masalah yang sedang membebankan otak aku sekarang?" rintih Salsabila Hana sambil menyapu air mata yang mengalir membasahi pipi. Air mata yang sentiasa menjadi peneman dirinya.

Hanya bertemankan sepi, sunyi dan duka yang dapat dia rasai ketika ini. Hanya air mata peneman ketika dirinya dirudung kerinduaan. Rindu kepada insan-insan yang pernah hadir dan singgah di dalam hidupnya dan menjadi penyeri masa silamnya.

"Ya Allah, lapangkan la dadaku ini dari segala perasaan sedih, kecewa, duka yang terbuku selama ini. Rindu yang tak pernah padam. Berikanlah aku kekuatan melawan kanser ini" terasa terlalu sebak Salsabila Hana menahan air mata yang sentiasa mengalir. Dikesatnya air mata daripada terus mengalir untuk mengumpul kekuatan.

Pelbagai peristiwa pahit dan memori hitam yang perlu dilaluinya. Terkenang semula semua perkara yang terjadi. Dia terasa perit dan pedihnya sehingga ke saat ini. Berat beban yang terpaksa ditanggung olehnya sedirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience