BAB 38

Romance Completed 13711

Tinggal 3 hari lagi umat islam akan menyambut lebaran. Puan Sri Aisyah telah membuat perancangan bersama Nurin Inara supaya Harris Iskandar membawa Salsabila Hana dan Nurin Inara untuk membuat persiapan menyambut lebaran di Vila Orkid.

"Harris... Raya dah nak dekat. Bila kamu nak balik sini?" tanya Puan Sri Aisyah yang menelefon Harris Iskandar.

"Errrr... Nanti Harris balik ye mama. Tapi tak sure lagi" jawab Harris Iskandar.

"Emmm.. Harris. Nanti bawa Hana balik sini awal sikit ye. Mak Timah balik kampung" arah Puan Sri Aisyah.

"Ya, mama. Nanti kitorang balik ye. Mama jangan risau. Okay mama. Harris ada meeting ni. Assalamualaikum" ujar Harris Iskandar lalu menamatkan talian. Dia perlu menghadiri mesyuarat penting sebelum bercuti panjang.

Setelah selesai urusan kerja di pejabat. Harris Iskandar singgah di bazar ramadhan untuk membeli ayam percik yang telah dipesan oleh Nurin Inara. Setelah selesai membeli, dia terus pulang ke rumah.

"Sayang... I dah balik ni" panggil Harris Iskandar apabila ternampak Nurin Inara sedang menonton televisyen.

"Hai... You beli tak? Apa yang i order semalam?" tanya Nurin Inara.

"Ada, sayang. Ni ayam percik yang you order. Mana boleh i lupa" beritahu Harris Iskandar berlalu ke dapur untuk diberikan kepada Nurin Inara.

"Hana... Nanti hidangkan sekali ye" terang Harris Iskandar kepada Salsabila Hana sambil menghulurkan satu bungkusan.

"Baik, tuan" balas Salsabila Hana lali mengambil bungkusan tersebut.

"Kau masak apa untuk berbuka nanti?" soal Harris Iskandar lalu duduk di meja dapur.

"Hari ni, puan suruh Hana masak nasi tomato ayam masak merah, tuan" jawab Salsabila Hana. Dia perlu menyiapkan juadah berbuka dengan segera.

"Malam ni, lepas tarawih. Kita semua balik Vila Orkid ye. Kita duduk di sana sampai raya tau" beritahu Harris Iskandar. Dia pergi meninggalkan Salsabila Hana.

Usai mereka berbuka puasa. Mereka segera ke masjid untuk mengerjakan solat sunat tarawih. Nurin Inara seperti biasa hanya berkurung di dalam bilik.

"Hana.. Kau dah packing semua barang kau?" soal Harris Iskandar. Mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Belum lagi, tuan. Barang saya sikit je" jawab Salsabila Hana.

"Kalau begitu, jam 11.30 nanti kita bertolak, okay" beritahu Harris Iskandar.

Salsabila Hana hanya mengangguk sebagai tanda memahami apa yang diarahkan oleh Harris Iskandar.

Setelah semuanya siap. Mereka bertolak ke Vila Orkid seperti yang dirancang oleh Harris Iskandar. Dia tidak tahu mengapa Puan Sri Aisyah beria- ria mahu mereka pulang awal ke Vila Orkid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience