BAB 86

Romance Completed 13711

Harris Iskandar terus menghubungi nombor yang diberikan oleh Doktor Zulaika kepadanya. Dia perlu mendapat tahu perkara sebenar. Dia begitu terkejut dengan berita pemergian Salsabila Hana secara tiba-tiba. Dia juga tidak pernah tahu selama ini Salsabila Hana mempunyai rakan di Kuala Lumpur. Harris Iskandar terus mendail nombor tersebut.

"Assalamualaikum.. Boleh saya tahu siapa yang bercakap?" tanya Harris Iskandar memulakan bicara.

"Waalaikumusalam... Saya Rozita. Ada apa ye? Dengan siapa saya bercakap sekarang?" tanya Rozita untuk mendapatkan penjelasan.

"Maafkan saya jika menganggu. Saya Harris Iskandar. Betul ke awak ni kawan Hana?" soal Harris Iskandar lagi.

"Ya saya. Saya kawan arwah. Nama saya Rozita" sebak Rozita membalas pertanyaan Harris Iskandar apabila dia mula terkenangkan Salsabila Hana yang terlalu merindui Harris Iskandar.

"Boleh saya berjumpa dengan awak? Saya perlu mengetahui perkara sebenar mengenai Hana. Awak tinggal di mana? Saya boleh datang bertemh awak sekarang" balas Harris Iskandar.

"Maafkan saya encik Harris. Saya perlu pergi sekarang. Jika saya dah bersedia. Saya akan datang bertemu dengan encik" beritahu Rozita lalu menamatkan perbualan. Dia begitu sedih memikirkan Salsabila Hana yang ditinggalkan bersendirian tanpa suami di sisi.

Harris Iskandar begitu kecewa. Dia tidak mendapat tahu perkara sebenar yang terjadi. Betul ke isterinya, Salsabila Hana sudah tiada? Di mana pusaranya? Kepalanya sarat dengan pertanyaan yang masih menanti jawapan.

Harris Iskandar yang keletihan perlukan rehat yang cukup. Kesihatannya semenjak kebelakangan ini juga agak terjejas. Mungkin kerana perubahan cuaca dan perjalanan yang jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience