BAB 51

Romance Completed 13711

Salsabila Hana selamat tiba hospital. Dia perlu segera mendapatkan Harris Iskandar. Dia perlu tahu keadaan sebenar Harris Iskandar dan Nurin Inara. Dia segera ke kaunter pendaftaran di unit kecemasan dan trauma.

“ Maaf, encik. Boleh saya tahu Harris Iskandar dan Nurin Inara berada di mana? Saya penjaga mereka berdua” terang Salsabila Hana yang tercungap-cungap kepenatan.

“Harris Iskandar masih lagi berada di bilik rawatan. Cik boleh tunggu di sana. Nanti kami akan panggil waris kepada pesakit” jawab seorang Penolong Pegawai Perubatan yang berada di kaunter pendaftaran.

Salsabila Hana mundar-mandir. Dia tidak tahu keadaan sebenar Harris Iskandar samada cedera parah atau tidak. Hatinya tidak tenang, dia perlu memberitahu Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah berkenaan Harris Iskandar yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ke mana Nurin Inara pergi? Tersentak Salsabila Hana apabila terdengar nama Harris Iskandar dipanggil.

“Waris Harris Iskandar. Sila datang ke bilik rawatan dengan kadar segara” panggil seorang jururawat.

“Ya, saya” pekik Salsabila Hana sambil mengangkat tangan kerana dia berada jauh dari situ.

Salsabila Hana segera berlari menuju ke bilik rawatan. Dia masuk untuk menemui Harris Iskandar. Harris Iskandar kelihatan agak parah dan masih tidak sedarkan diri. Hampir seluruh badannya dibaluti dan dipenuhi darah. Mata dan bibir Harris Iskandar kelihatan bengkak. Salsabila Hana menanti doktor yang telah merawat Harris Iskandar.

“ Puan, waris kepada Harris Iskandar ke?” tanya seorang doktor lelaki sedang menulis sesuatu di atas meja berhadapan katil Harris Iskandar.

“ Ya saya isterinya, doktor” jawab Salsabila Hana sambil memalingkan muka untuk melihat Harris Iskandar yang terbaring kaku dan dipenuhi wayar.

“ Encik Harris mengalami kecederaan yang agak serius. Pihak kami telah menjalankan beberapa pemeriksaan dan beberapa ujian bagi mengenalpasti permasalahan yang lain. So, daripada hasil x-ray yang telah dilakukan. Kami mendapati bahawa suami puan mengalami lumpur separuh badan buat sementara waktu” terang doktor.

“Errr… Habis tu, bagaimana dengan keadaan suami saya doktor. Tiada kaedah lain ke yang boleh mengubatinya?” tanya Salsabila Hana untuk mendapatkan penjelasan.

“Ada, puan. Setakat ini dia masih lagi tidak sedarkan diri. Apabila lukanya sembuh kita akan lakukan rawatan susulan. Saya berharap puan banyak-banyak bersabar. Insyallah setiap penyakit pasti ada penawarnya. Kita kena usaha ye, puan” jelas doktor lagi.

“Terima kasih, doktor” ucap Salsabila Hana sambil dia menghampiri Harris Iskandar yang terbaring kaku.

Salsabila Hana sebak apabila melihat keadaan Harris Iskandar yang terbaring kaku. Kini dia seorang diri perlu menempuh dugaan yang berat ini untuk menjaga suaminya yang sedang diuji oleh Allah S.W.T.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience