BAB 50

Romance Completed 13711

Harris Iskandar diberikan rawatan awal ketika dalam perjalanan ke hospital. Setelah tiba di hospital, dia di tolak masuk ke bilik rawatan zon merah iaitu zon kritikal di unit kecemasan dan trauma hospital tersebut.

Harris Iskandar masih tidak sedarkan diri. Dia mengalami kecederaan parah. Pihak hospital cuba menghubungi waris Harris Iskandar. Telefon bimbit Harris Iskandar masih lagi berfungsi diketika ini. Mereka perlu mendapatkan nombor telefon yang berada di dalam senarai pemanggil. Mereka cuba menghubungi Tan Sri Hizuddin dan Nurin Inara tetapi masih gagal dihubungi.

"Hello.. selamat malam, saya jururawat dari Hospital Netro. Betul ke ini rumah Encik Harris Iskandar Bin Hizuddin? " tanya seorang jururawat untuk mendapatkan kepastian.

"Ya betul. Ni rumah Tuan Harris. Ada apa ya?" balas Salsabila Hana lalu bertanyakan apa yang telah terjadi kepada Harris Iskandar dengan perasaan gelisah dan gementar.

"Saya ingin memaklumkan yang encik Harris telah dimasukkan ke hospital. Diminta puan untuk hadir ke hospital dengan kadar segera" balas jururawat itu.

"Baik, nanti saya akan ke sana dengan segera. Terima kasih cik" ucap Salsabila Hana lalu meletakkan ganggang telefon.

Salsabila Hana perlu segera ke hospital. Dia bergegas ke hospital dengan menaiki teksi untuk melihat keadaan sebenar Harris Iskandar. Di dalam hatinya tidak putus-putus dari mulutnya berdoa agar Harris Iskandar dalam keadaan baik dan tiada apa-apa yang serius menimpanya.

"Ya Allah, selamatkanlah suamiku, Harris Iskandar" bisik hati kecilnya dengan perasaan gelisah.

"Pakcik, tolong cepat" beritahu Salsabila Hana kepada pemandu teksi yang membawanya.

"Baik" balas pemandu teksi sambil menganggukkan kepala.

Sepanjang perjalanan menuju ke hospital. Salsabila Hana asyik memikirkan keadaan Harris Iskandar. Dia juga perlu tahu keadaan Nurin Inara. Adakah Nurin Inara ada bersama Harris Iskandar ketika kemalangan tersebut berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience