BAB 72

Romance Completed 13711

Harris Iskandar memilih untuk menaiki kapal terbang terus dari Kuala Lumpur ke Langkawi. Mereka selamat tiba di Lapangan Tebang Langkawi setelah menempuh perjalanan selama hampir 1 jam. Mereka dijemput oleh salah seorang kakitangan Harris Iskandar yang telah tiba di sana lebih awal. Mereka dibawa untuk urusan daftar masuk ke bilik penginapan.

"Petang nanti kita keluar bersiar-siar ye. Esok abang dah sibuk dengan meeting" beritahu Harris Iskandar lalu menyandarkan tubuhnya di atas sofa.

"Baiklah, abang. Sekarang Hana kemas barang kita dulu" balas Salsabila Hana sambil menyangkut beberapa helai baju ke dalam almari.

Salsabila Hana sudah siap berkemas. Harris Iskandar sudah tertidur di atas sofa. Kepenatan disebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak.

"Abang" panggil Salsabila Hana untuk mengejutkan Harris Iskandar yang masih tidur nenyak.

Salsabila Hana membiarkan Harris Iskandar seketika sementara dia membersihkan diri. Harris Iskandar terjaga dari tidur apabila telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello.... Siapa di sana?" tanya Harris Iskandar apabila nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya adalah nombor yang tidak dikenali.

"Kenapa diam? Awak cari siapa?" tanya Harris Iskandar lagi. Tetapi masih tiada jawaban lalu dia menamatkan panggilan itu.

"Ishhhh....Ganggu betullah. Aku tengah syok-syok tidur" leter Harris Iskandar.

"Hana mandi ke?" tanya Harris Iskandar sambil mengetuk pintu bilik mandi.

"Ya, abang. Kejap ye Hana dah selesai" balas Salsabila Hana dari dalam bilik mandi.

Usai mandi Salsabila Hana memberi laluan kepada HarrIs Iskandar yang masih kelihatan mengantuk. Harris Iskandar mandi dan perlu segera bersiap kerana dia telah berjanji ingin membawa Salsabila Hana bersiar-siar di kawasan Pantai Chenang, Langkawi.

"Hana.... Malam ni kita jalan-jalan tepi pantai ya. Sekarang panas, kita ronda-ronda area sini dulu tau" beritahu Harris Iskandar.

"Okay abang. Hana nak ucapkan terima kasih sebab sudi ajak Hana datang ke sini. Hana happy sangat abang" ucap Salsabila Hana dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

"Sama-sama Hana. Dengan cara ni saja abang boleh balas jasa Hana menjaga abang selama ini" terang Harris Iskandar lalu merangkul pinggang Salsabila Hana dan mereka berjalan sambil menikmati alam sekitar.

Harris Iskandar sempat merakamkan beberapa video bersama Salsabila Hana. Dia ingin menjadikannya sebagai kenangan. Walaupun dia masih tidak dapat mencintai Salsabila Hana tetapi sekarang dia begitu menyukai Salsabila Hana.

Walaupun Harris Iskandar dan Salsabila Hana tidur sebilik dan juga sekatil, mereka masih tidak bersama. Salsabila Hana masih lagi seorang perawan walaupun dia sudah menjadi isteri Harris Iskandar yang sah.

Percutian mereka di Pulau Langkawi begitu bermakna buat Salsabila Hana kerana ianya dapat membuatkan mereka menjadi semakin rapat. Harris Iskandar adalah seorang lelaki yang romantis. Beruntung Nurin Inara memilikinya tetapi tidak bagi Salsabila Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience