BAB 68

Romance Completed 13711

Penantian Salsabila Hana yang tidak pernah kenal erti jemu. Hampir sebulan Harris Iskandar menghilangkan diri. Hidup Salsabila Hana menjadi tidak keruan. Setiap detik dia asyik memikirkan Harris Iskandar. Dia juga menghitung hari yang masih berbaki sekitar 10 bulan sahaja lagi untuk mendapatkan cinta Harris Iskandar. Salsabila Hana perlu menghargai hari-hari yang bakal mendatang kerana itu sahaja peluang yang dia ada.

"Assalamualaikum...." ucap Harris Iskandar yang berdiri di muka pintu.

"Waalaikumusalam. Abang......" jawab Salsabila Hana dengan suara yang bergetar. Lalu dia membuka pintu dan terkejut apabila melihat Harris Iskandar berdiri di situ. Dia rasakan seperti bermimpi.

"Kau buat apa lagi tu. Aku nak masuk rumah sekarang. Aku tak bawa kuncilah. Cepat sikit aku dah letih menunggu" pekik Harris Iskandar dengan nada yang agak tinggi.

"Abang sihat. Hana rindu sangat kat abang" ucap Salsabila Hana sebaik sahaja mereka bertentangan mata.

"Kau ni dah kenapa. Buang tabiat ke apa ni? Apasal kau panggil abang pula sekarang" herdik Harris Iskandar apabila dia menyedari bahawa Salsabila Hana memanggilnya dengan panggilan abang.

"Abang, Hana merayu. Hana nak sangat panggil tuan dengan panggilan abang. Please" merayu Salsabila Hana apabila Harris Iskandar seperti tidak inginkan panggilan tersebut.

"Dahlah aku dah penat. Aku nak tidur" balas Harris Iskandar berlalu pergi meninggalkan Salsabila Hana di luar rumah.

Salsabila Hana berasa sedikit kecewa apabila permintaannya tidak dapat ditunaikan oleh Harris Iskandar. Dia hanya mahu memanggil Harris Iskandar dengan panggilan yang lebih mesra. Tetapi tidak dihiraukan oleh Harris Iskandar.

"Emmmm... Kenapa dia bersikap dingin dengan aku. Sebelum ni dia okay je. Dia dah jumpa Nurin agaknya" bisik hati Salsabila Hana.

"Ishhhh... Aku gembira atau bersedih sebenarnya?" mengomel Salsabila Hana seorang diri.

Salsabila Hana menyediakan makan malam untuk Harris Iskandar. Dia tahu bahawa Harris Iskandar akan turun makan malam walaupun Harris Iskandar tidak memberitahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience