BAB 49

Romance Completed 13711

Begitu kuat bunyi dentuman akibat daripada pelanggaran kereta. Kereta yang dipandu Harris Iskandar terbabas lalu terjunam ke dalam gaung. Dia hilang fokus ketika memandu dan keretanya hilang kawal lalu terbabas. Nasib baik orang ramai melihat kejadian itu. Mereka segera menghubungi talian kecemasan untuk meminta pertolongan.

"Argghhhhh... Sakitnya" Harris Iskandar mengerang kesakitan. Dia terperangkap di dalam kereta. Dia juga tidak mampu bergerak kerana kakinya tersepit.

Di dalam gaung, kereta audi milik Harris Iskandar sudah terdampar. Kepulan asap mula mengelubungi kawasan tersebut. Orang ramai mula memenuhi bahu jalan di kawasan tersebut. Kereta Harris Iskandar berada di dalam gaung dengan kedalaman 10 meter. Orang awam tidak dapat membantu disebabkan kekurangan peralatan dan gaung yang agak curam. Harris Iskandar perlu menanti bantuan yang tiba bagi mengeluarkannya.

"Ya Allah.. Selamatkanlah aku" pinta Harris Iskandar sambil mengerang kesakitan.

Akhirnya bantuan tiba. Pasukan penyelamat memberi bantuan bagi mengeluarkan Harris Iskandar yang tersepit di dalam keretanya. Anggota bomba sedaya upaya mengeluarkannya dengan menggunakan segala peralatan yang ada serta canggih.

"Ambulan standby. Mangsa tidak sedarkan diri" beritahu seorang paramedik yang turut membantu menyelamatkan Harris Iskandar.

Harri Iskandar berjaya dikeluarkan daripada keretanya yang remuk teruk. Jika dilihat dengan mata kasar, pasti orang ramai menyangka bahawa mangsanya telah meninggal dunia. Harris Iskandar dibawa menaiki ambulan ke hospital dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Nurin Inara telah pun berlepas ke Perancis. Dia mengambil keputusan terburu-buru tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Harris Iskandar. Dia terlalu ikutkan perasaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience