BAB 48

Romance Completed 13711

Sebulan berlalu, begitu pantas masa berputar. Salsabila Hana kini sudah dapat mengukir senyuman. Harris Iskandar tidak lagi membenci dirinya. Walaupun Harris Iskandar bukan seorang suami yang sempurna tetapi dia tetap mencintai Harris Iskandar dalam diam dengan sepenuh hatinya. Dia bersyukur yang Harris Iskandar masih mahu melindunginya. Dia mula rasa dihargai. Sebaliknya Nurin Inara bersikap acuh tidak acuh dengannya.

Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah sudah 3 minggu berangkat ke Kota London bagi menguruskan perniagaan mereka di sana. Salsabila Hana sempat meluangkan masa bersama mertuanya. Terpancar kebahagian di wajahnya apabila mertuanya mula menyayanginya selepas mereka mengetahui yang dirinya menghidap kanser otak.

Petang itu, kelihatan Nurin Inara begitu gelisah. Dia juga sedang sibuk mengemas pakaiaan lalu meletakkanya ke dalam sebuah bagasi yang besar. Salsabila Hana hanya melihatnya dari jauh.

"Ishhh.. Kenapa dia mengemas semua pakaian? Takkan dia merajuk dengan tuan. Tapi semalam aku ada juga terdengar mereka bertekak. Dia nak lari dari rumah agaknya. Emmm... Hana… Hana…. Suka hati kau je berprasangka buruk. Entah-entah dia nak pergi bercuti ke. Manalah kau tahu Hana" mengomel Salsabila Hana sambil mengintai-intai disebalik dinding.

Nurin Inara membawa semua barangannya lalu memasukkan ke dalam bonet teksi. Dia pergi tanpa berkata apa pun. Salsabila Hana hanya melihatnya tanpa ada rasa curiga. Selepas itu, Salsabila Hana seperti biasa melakukan rutin hariannya. Dia malas untuk masuk campur urusan Harris Iskandar dan Nurin Inara.

"Assalamualaikum... Hana, mana Nurin?" tanya Harris Iskandar.

"Waalaikumusalam, tuan. Saya nampak tadi puan keluar bawa beg besar. Dia pergi dengan menaiki teksi tadi. Kenapa, tuan?" jawab Salsabila Hana dengan nada yang agak gementar.

"Emm... Dia keluar pukul berapa tadi?" tanya Harris Iskandar lagi.

"Baru 30 minit yang lepas, tuan" jawab Salsabila Hana.

Harris Iskandar berlari keluar menuju ke kereta. Dia berhasrat untuk mengejar teksi yang dinaiki Nurin Inara. Dia tahu yang Nurin Inara akan terbang Paris malam nanti. Semalam mereka berdua bergaduh besar.

“Nurin, kenapalah kau buat aku begini” ucap Harris Iskandar sambil tanganya cuba menghubungi telefon bimbit Nurin Inara.

“Ishhh…. Kenapa kau tak jawab ni?" bentak Harris Iskandar. Dia terus memecut dengan laju tanpa memikirkan bahaya yang bakal menantinya.

“Dia mesti ke airport sekarang. Aku kena cepat cari dia di sana. Nanti aku tak dapat jumpa dia kalau terlambat” ucap Harris Iskandar lagi.

Harris Iskandar memandu laju keretanya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA untuk mencari Nurin Inara. Nurin Inara akan meninggalkannya kerana tuntutan kerja yang baru diperoleh. Dia teringatkan kata-kata Nurin Inara ketika mereka berdua bertengkar semalam.

“Harris, i nak you ceraikan i sekarang juga” pinta Nurin Inara.

“But why, sayang?” balas Harris Iskandar yang mana dia juga terkejut apabila Nurin Inara tiba-tiba sahaja mahu berpisah dengannya.

“I dah tak tahan lagi hidup dengan you. You tahu yang i ada impian dan cita-cita yang perlu i kejar. I dapat offer baru dari sebuah company. I dah setuju dengan kontrak tersebut. So, i akan pergi dan terpaksa tinggalkan you” jelas Nurin Inara lagi sambil menghulurkan dokumen kepada Harris Iskandar.

“Habis, kenapa you tak berbincang dengan i dulu, sayang?” tanya Harris Iskandar lagi sambil membaca dokumen tersebut.

“I ada job di Paris. So i dah sign contract for 1 year. I hope you understand what I want. And one more thing I don’t love you anymore” ucap Nurin Inara lagi. Dia tidak mahu lagi bercakap dengan Harris Iskandar.

“So, you nak i buat keputusan sekarang” tanya Harris Iskandar lagi. Dia melihat Nurin Inara yang sedang berpura-pura tidur. Dia terlalu sayangkan Nurin Inara.

Di sepanjang jalan menuju ke lapagan terbang. Harris Iskandar hanya memikirkan Nurin Inara sahaja. Dia tidak mampu untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada pemanduan. Ke tepi ke tengah seperti ular dia memandu kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience