BAB 13

Romance Completed 13711

Sudah 3 malam Salsabila Hana mengalami demam dan sakit kepala yang berterusan. Bagi mengurangkan kesakitan, dia perlu mengambil ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor.

"Arrggghhhh... Sakitnya ya Allah" Salsabila Hana mengerang kesakitan. Dia gagahkan diri berjalan ke dapur. Dia memerlukan segelas air.

Prannggggg... Gelas terhempas ke lantai. Gelas terlepas dari gengamannya. Ubat juga jatuh berselerak. Salsabila Hana berpaut di bibir meja. Tiada daya upaya untuk dia bangun.

Harris Iskandar yang terdengar gelas terhempas segera menuju ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.

"Haihhh.. Kenapa ni, dah pukul 3.00 pagi kot" soal Harris Iskandar apabila mendapati serpihan kaca gelas bersepah di atas lantai.

"Maaf, tuan. Saya tak sengaja jatuhkan gelas" balas Salsabila Hana cuba untuk berdiri. Dia mengagahkan diri untuk bangun tetapi tiba - tiba dia rebah.

"Hana.... Hana....Bangun.... Kenapa dengan kau ni?" kejut Harris Iskandar sambil menepuk- nepuk pipi Salsabila Hana supaya sedar.

Darah dari hidung Salsabila Hana mula mengalir. Harris Iskandar panik. Dia sudah mati akal. Dia tidak tahu apa yang perlu lakukan sekarang. Dia segera berlari mencapai kunci kereta lalu dia mengendong Salsabila Hana masuk ke dalam kereta. Dibaringkan Salsabila Hana di kerusi penumpang.

"Ya Allah, aku terlupa kunci pintu rumah pula" rungut Harris Iskandar. Dia terlalu panik sehingga terlupa untuk mengunci pintu.

"Ishhhhhh... Kad pengenalan dia kat mana pula?" pantas Harris Iskandar berlari menuju ke bilik Salsabila Hana untuk mengambil dompet di atas meja.

Harris Iskandar memecut laju menuju ke hospital berdekatan. Semasa dalam perjalanan, dia cuba sedarkan Salsabila Hana beberapa kali tetapi Salsabila Hana masih kaku. Setelah tiba di hospital, Salsabila Hana terus di masukan ke unit kecemasan. Harris Iskandar menanti dengan penuh sabar selepas membuat pendaftaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience