BAB 44

Romance Completed 13711

Berkumandang takbir raya memecah keheningan malam. Sayu hati Salsabila Hana terkenangkan insan-insan tersayang yang sudah kembali kepada penciptanya. Salsabila Hana terlalu merindui arwah ibu dan ayahnya. Pasti dia akan bahagia dan terus tersenyum apabila di dampingi insan tersayang.

Salsabila Hana masih lagi sibuk di dapur. Harris Iskandar pula sedang sibuk membakar ayam perapan. Tan Sri Hizuddin pula sibuk melayani beberapa orang kenalan yang datang bertandang ke Vila Orkid. Puan Sri Aisyah dan Nurin Inara juga turut melayani tetamu yang datang. Mereka semua menikmati barbeque ayam yang dibakar oleh Harris Iskandar.

"Harris, Hana mana?" tanya Tan Sri Hizuddin.

"Kenapa, papa? Dia ada di dapur kot" balas Harris Iskandar yang leka membakar bersama Nurin Inara.

"Pergi panggil dia, Harris. Suruh dia makan sekali dengan kita" arah Tan Sri Hizuddin.

"Okay, papa" jawab Harris Iskandar berjalan menuju ke dapur tetapi dihalang oleh Nurin Inara

"It's okay, sayang. I tolong panggilkan Hana" beritahu Nurin Inara lalu segera ke dapur.

Nurin Inara ke dapur. Dia melihat Salsabila Hana sedang sibuk memasak nasi impit serta kuah kacang. Dia menyelinap masuk ke dalam bilik Salsabila Hana.

"Ohhh... Dia masih simpan gambar kahwin ye" bisik hati Nurin Inara.

Nurin Inara melihat diari Salsabila Hana di atas meja. Dia ada niat untuk mengenakan Salsabila Hana. Dia keluar perlahan-lahan agar Salsabila Hana tidak menyedari kehadirannya.

"Hana... Papa suruh you keluar makan" beritahu Nurin Inara berlalu pergi.

Salsabila Hana menyiapkan juadah untuk dihidangkan pada pagi lebaran. Setelah selesai, dia ke tepi kolam renang untuk menyertai semua yang ada. Salsabila Hana hanya minum segelas air oren. Dia tiada selera untuk menjamah makanan.

"Hana.. Marilah makan bersama" ajak Tan Sri Hizuddin.

"Baiklah, Tan Sri" jawab Salsabila Hana sambil mengangguk.

Salsabila Hana hanya melihat telatah Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah yang sedang melayani Harris Iskandar dan Nurin Inar kerana tetamu sudah pun pulang.Mereka ketawa bersama. Riang mereka malam itu. Tetapi sayu Salsabila Hana apabila teringatkan arwah ibu ayahnya.

Harris Iskandar melihat Salsabila Hana dari jauh. Dia tahu yang dirinya banyak membuat kesilapan dan kesalahan. Dia juga gagal menjadi seorang suami yang baik kepada Salsabila Hana. Salsabila Hana adalah seorang wanita yang tabah. Walaupun Salsabila Hana menderita dengan kanser. Tetapi semangat juangnya begitu tinggi.

Usai acara barbeque, mereka semua mengemas di sekitar kolam renang. Salsabila Hana seperti biasa mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan. Masing-masing sudah keletihan. Salsabila Hana masuk ke biliknya untuk beristirehat dan tidur kerana awal pagi dia perlu bagun.

"Emmmm... Mana aku letak ubat ni" leter Salsabila Hana sambil mencari ubatnya.

Di dalam beg pun tiada, di dalam laci. Di bilik mandi pun tiada. Bawah katil pun tiada. Salsabila Hana gelisah mencari ubat. Dia cuba mengingati ketika kali terakhir dia makan ubat.

"Ishhhh.. aku rasa kat dalam laci ni aku simpan ubat tu" bentak Salsabila Hana kecewa kerana tidak menjumpa ubatnya.

Salsabila Hana yang keletihan terus tertidur tanpa makan ubatnya. Dia berharap yang sakitnya tidak menyerang ketika dia masih lagi tidak dapat mencari ubatnya yang hilang. Salsabila Hana tertidur, begitu nenyak dia tidur pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience