BAB 27

Romance Completed 13711

Salsabila Hana sudah beransur baik. Dia berjaya menjalani kimoterapi yang disarankan oleh Doktor Zulaika. Kanser otak yang dihidapinya kini berada di stage 3. Doktor menjangkakan yang dia hanya mampu bertahan kurang dari setahun. Tetapi semangat Salsabila Hana tidak pernah luntur. Dia bersemangat untuk melawan kanser yang dihadapinya.

Harris Iskandar dan Nurin Inara berada dalam situasi berbeza. Tiba-tiba Nurin Inara berubah sikap. Harris Iskandar tidak dapat mengawalnya lagi.

"Haih.... Baru jumpa jalan balik ke" sindir Harris Iskandar apabila Nurin Inara melangkah masuk ke bilik tidur mereka.

"I letih la... You jangan cari pasal malam-malam buta ni" balas Nurin Inara lalu merebahkan badannya ke katil.

"Oooo.. Malam you time gini. Dah jam 3.00 pagi you cakap malam. You pergi mana? soal Harris Iskandar lagi.

Harris Iskandar geram dengan sikap Nurin Inara yang suka pulang lewat malam. Boleh dikatakan setiap malam Nurin Inara begitu.

Nurin Inara terus berbaring dan tidur. Dia malas hendak berperang mulut dengan Harris Iskandar. Dia tidak mengendahkan langsung teguran suaminya. Dia hanya mahukan kebebasan dan bersuka ria bersama rakan-rakannya.

Harris Iskandar turun ke dapur. Haus pula tekaknya. Panas dengan sikap Nurin Inara yang suka pulang lewat malam.

"Emmm... Hana, tak tidur lagi? Dah 3.00 pagi ni? " tanya Harris Iskandar apabila Salsabila Hana masih berada di dapur.

"Ye, tuan. Saya nak ambil segelas air" balas Salsabila Hana sambil menunjukkan segelas air putih.

"Hana, kau datang sini kejap" pinta Harris Iskandar lalu duduk di kerusi meja makan.

"Errr.... Ada apa, tuan? Sekejap ye, nanti saya datang semula" balas Salsabila Hana.

Salsabila Hana segan kerana dia tidak bertudung. Dia melangkah laju ke biliknya. Setelah mengenakan tudung, dia kembali semula ke meja makan. Wajah Harris Iskandar begitu serius. Salsabila Hana berasa takut dengan wajah Harris Iskandar seperti marahkan seseorang.

"Tuan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Salsabila Hana berdiri di sisi Harris Iskandar.

"Awak okay, Hana. Emmm.. Aku ni geram betul dengan Nurin tu?" kata Harris Iskandar dengan nada yang agak tegang. Lalu dia meneguk segelas air.

"Alhamdulillah. Saya baik-baik je, tuan" balas Salsabila Hana. Dia jadi serba salah. Dia ke dapur untuk mengambil air sahaja kerana dia perlu makan ubat.

Harris Iskandar meluahkan perasaannya kepada Salsabila Hana. Salsabila Hana mampu mendengar. Dia tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga Harris Iskandar dan Nurin Inara.

"Saya tak pandai dalam hal begini, tuan. Saya rasa, tuan perlu tegur dia dengan cara lembut" terang Salsabila Hana memberi pendapat.

"Maksud kau, aku perlu berlembut menegur kesalahan dia?" soal Harris Iskandar semula.

"Ye, tuan. Cuba berlembut dengan puan. Pasti dia akan berubah nanti. Perlahan-lahan dia akan ikut cakap, tuan" terang Salsabila Hana.

"Emmmm.. Good idea" balas Harris Iskandar sambil menguap.

"Tuan, saya masuk dulu ye. Dah lewat ni, nanti kita terlepas subuh pula" beritahu Salsabila Hana.

Jam di dinding menunjukkan 3.45 pagi. Salsabila Hana mengambil ubat sebelum dia tidur. Dia berharap agar Harris Iskandar dan Nurin Inara baik-baik hendaknya. Akhirnya, Salsabila Hana tidur nenyak diulit mimpi indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience