BAB 60

Romance Completed 13711

Harris Iskandar dan Salsabila Hana tiba di banglo Harris Iskandar. Pak Mail membantu Harris Iskandar untuk duduk di atas kerusi roda. Salsabila Hana menolak Harris Iskandar masuk ke dalam rumah.

"Tuan, saya dah siapkan bilik untuk tuan di bawah" beritahu Salsabila Hana lalu menolak Harris Iskandar masuk ke dalam bilik.

"Kenapa kau nak aku duduk di bilik ni? Aku nak bilik aku" pekik Harris Iskandar meronta-ronta di atas kerusi roda.

"Tuan, bilik tuan di atas. Sukar untuk tuan bergerak. Tuan tinggal sini buat sementara waktu ya" pujuk Salsabila Hana.

"Ikut suka hati kau lah tapi kau kena tidur dengan aku" arah Harris Iskandar.

"Emmmm... Baik, tuan" balas Salsabila Hana ringkas.

Salsabila Hana terkejut dengan kata-kata yang diungkapkan oleh Harris Iskandar. Adakah dia bermimpi ataupun ianya adalah realiti?

"Tuan rehatlah dulu, saya siapkan makan malam untuk tuan" beritahu Salsabila Hana.

Salsabila Hana memindahkan Harris Iskandar dari kerusi roda ke atas katil. Berat juga Harris Iskandar dan dia memerlukan tenaga untuk memapah Harris Iskandar. Salsabila Hana perlu tabah mengharungi hari-hari mendatang dan dia perlu memastikannya Harris Iskandar mampu untuk berjalan semula sebelum dua pergi buat selamanya.

"Tuan, saya bawakan makanan. Saya suapkan tuan ya" beritahu Salsabila Hana.

Salsabila Hana menyuap bubur ayam yang telah dimasak olehnya. Dia perlu memastikan diet yang seimbang seperti yang disarankan oleh Doktor Irfan. Setelah selesai makan, Salsabila Hana perlu membersihkan tubuh Harris Iskandar sebelum tidur.

"Tuan, mari saya lapkan badan. Nanti tuan dah boleh tidur. Saya tukarkan baju sekali ya" beritahu Salsabila Hana kerana bimbang Harris Iskandar akan memarahinya.

"Okay, buatlah apa pun" balas Harris Iskandar.

Setelah semua urusan Harris Iskandar selesai. Salsabila Hana perlu membersihkan dirinya pula. Dia perlu berada di sisi Harris Iskandar setiap masa. Dia perlu segera selesaikan semua urusannya. Dia juga perlu tidur sebilik bersama Harris Iskandar. Dia menghamparkan tilam nipis di atas lantai bersebelahan katil Harris Iskandar lalu tertidur kerana keletihan. Dia seringkali terlupa untuk makan ubat seperti yang diarahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience