BAB 24

Romance Completed 13711

Hampir 2 tahun Salsabila Hana menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi di Hospital Netro. Pembedahan tidak dapat dijalankan kerana kanser berada di kawasan berisiko dan sukar untuk menjalani pembedahan.

Semua rawatan yang dijalani oleh Salsabila Hana dibiayai sepenuhnya oleh Harris Iskandar. Itu pun sudah cukup untuk membuat Salsabila Hana berasa bahagia. Harris Iskandar bertanggungjawab walaupun dia tidak menyukai Salsabila Hana.

Kesan daripada kimoterapi dan radioterapi, Salsabila Hana mengalami keguguran rambut, kelesuan, kulit kering, kulit yang agak gelap dan kurang penghasilan air liur. Dia juga kelihatan agak kurus.

"Emmm... Dah botak rupanya aku ni. Kening pun dah hilang. Emmm..... Alahai rambut, bilalah kau nak tumbuh balik agaknya" mengomel Salsabila Hana apabila dia melihat dirinya di dalam cermin. Satu badan dibeliknya.

"Sekarang, aku dah jadi botak. Muka pula pucat macam zombie, pipi pun dah cengkung, bibir aku pun kering dan merekah. Patutla suami pun tak nak pandang" bisik hati Salsabila Hana. Mengelamun pula Salsabila Hana di hadapan cermin.

"Hana.... Hana...." panggil Harris Iskandar.

"Ye, tuan. Sekejap ye. Nanti saya datang" balas Salsabila Hana berjalan keluar dari biliknya sambil megenakan tudung kepala.

"Haa.. Sarapan dah siap ke belum?" tanya Harris Iskandar.

"Dah siap, tuan. Tuan duduk dulu, nanti saya hidangkan sarapan" terang Salsabila Hana berlalu ke dapur untuk menghidangkan sarapan.

"Ishhh.. Awal pula dia bagun hari ni. Selalunya bila hari minggu, matahari dah tegak atas kepala pun belum tentu dia bagun" mengomel Salsabila Hana apabila sarapan untuk Harris Iskandar dan Nurin Inara belum dihidangkannya.

Salsabila Hana menghidangkan sarapan untuk Harris Iskandar. Dia menghidangkan nasi lemak sambal sotong kegemaran Harris Iskandar. Harris Iskandar sarapan keseorangan pada pagi itu. Mungkin Nurin Inara masih tidur lagi.

"Hana... Nanti teman aku ke supermarket. Barang-barang dapur semua dah habiskan?" tanya Harris Iskandar dengan nada yang lembut.

"Errr .. Baik, tuan" balas Salsabila Hana dengan suara yang bergetar. Terasa pelik dengan sikap Harris Iskandar pagi ini.

Selesai Harris Iskandar bersarapan. Dia menanti Salsabila Hana bersiap . Selalunya Harris Iskandar bersama Nurin Inara keluar membeli barangan dapur.

Salsabila Hana bersiap ala kadar. Dia memakai seluar jeans dan t-shirt berlengan panjang. Dia juga mengenakan gincu di bibirnya supaya dia tidak kelihatan pucat.

"Tuan. Saya dah siap" ujar Salsabila Hana apabila Harris Iskandar masih lagi leka melihat telefon bimbitnya.

"Okay, jom.. Jangan lupa kunci pintu pula" ajak Harris Iskandar sambil mengambil kunci keretanya.

Masing-masing hanya mendiamkan diri. Harris Iskandar hanya fokus kepada pemanduan. Salsabila Hana pula hanya melihat ke luar tingkap. Lama juga dia tidak keluar membeli barangan dapur. Akhir sekali mereka berdua keluar adalah sebelum Harris Iskandar berkahwin dengan Nurin Inara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience