BAB 84

Romance Completed 13711

Hampir 3 bulan Harris Iskandar dan Nurin Inara mengembara ke seluruh pelusuk Eropah. Kini mereka kembali ke tanah air. Harris Iskandar ingin segera pulang ke rumah. Dia asyik teringatkan Salsabila Hana semenjak kebelakangan ini. Dia juga ada menelefon Salsabila Hana di rumah tetapi tiada jawapan.

“Sayang.. Cepatlah sikit, please” arah Harris Iskandar apabila dia melihat Nurin Inara yang masih leka melihat telefon bimbitnya.

“I’m coming” balas Nurin Inara ringkas sambil menunggu bagasinya.

Harris Iskandar sepanjang perjalanan pulang ke rumah hanya berdiam diri. Dia merasai ada sesuatu yang tidak baik terjadi. Wajahnya kelihatan gelisah. Tidak tentu arah apabila dia memikirkan keadaan Salsabila Hana. Mereka berdua akan dijemput oleh Johari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Ishhhh.. Kenapa dengan you ni? Cuba bersabar sikit. Tahulah kalau dah rindu sangat pun” sindir Nurin Inara apabila dia tahu bahawa Harris Iskandar tidak sabar lagi untuk bertemu Salsabila Hana.

“Yup… I really miss her” balas Harris Iskandar dengan mata yang menjeling memandang Nurin Inara.

“You ni kalau tak sakitkan hati I tak boleh ke? I hate you” ucap Nurin Inara dengan suara merajuk.

“Emmm.. Malas lah I nak layan you lagi” balas Harris Iskandar lalu melihat ke luar tingkap.

Nurin Inara masih lagi leka dengan telefon bimbitnya. Manakala Harris Iskandar sudah tertidur kerana kelihatan. Menaiki pesawat yang memakan masa yang agak lama. Akhirnya mereka sampai di rumah Harris Iskandar. Keadaan rumah yang agak tidak terurus. Harris Iskandar tidak sabar untuk bertemu Salsabila Hana. Pintu pagar dibuka lalu mereka masuk ke dalam rumah.

“Hana…. Oh Hana…….”panggil Harris Iskandar.

“Emmm…. Kenapa diam je? Dia tidur agaknya you” tanya Nurin Inara.

“I pergi cari dia kejap” balas Harris Iskandar.

Harris Iskandar memanggil dan mencari Salsabila Hana disekitar rumah dan bilik. Bayang Salsabila Hana juga tidak kelihatan. Harris Iskandar mula memikirkan perkara yang buruk telah terjadi pada Salsabila Hana. Dia perlu menelefon pihak hospital untuk mengetahui keadaan Salsabila Hana yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience