BAB 31

Romance Completed 13711

"Sayang, tunggu jap. Ada hal nak perlu kita bincangkan" pinta Harris Iskandar berlari ke arah Nurin Inara. Dia mencapai tangan Nurin Inara.

"Ada apa lagi, i nak keluar ni?" balas Nurin Inara lalu menarik tangannya dari genggaman Harris Iskandar.

"Please, sayang. I nak hubungan kita seperti dulu. I tengok you sekarang dah banyak berubah" bisik Harris Iskandar ke telinga Nurin Inara. Dia tahu yang Nurin Inara ada perkara yang disembunyikannya.

"I rasa hubungan kita ni tak ke mana, Harris" kata Nurin Inara cuba menjauhkan diri dari Harris Iskandar.

"Kenapa you cakap begitu, sayang. I sentiasa cinta dan sayangkan you. I akan bahagiakan you" pujuk Harris Iskandar. Dia memeluk Nurin Inara. Dia tak sanggup kehilangan Nurin Inara untuk kedua kalinya.

"I keluar dulu, nanti ada masa kita discuss okay" balas Nurin Inara. Dia terus keluar apabila mendapat peluang. Harris Iskandar hanya mendiamkan diri.

Harris Iskandar tidak mahu kehilangan Nurin Inara lagi. Dia perlu segera bertindak untuk memperbaiki hubungan mereka. Dia tahu begitu banyak kesilapan yang telah dia lakukan. Tetapi dengan perasaan cemburu dan suka mengongkong hidup Nurin Inara membuatkan dirinya rasa serba salah.

"Tuan...." panggil Salsabila Hana sambil mengetuk pintu bilik Harris Iskandar.

"Ya, ada apa Hana?" soal Harris Iskandar.

"Tuan, saya nak minta izin ke surau. Malam ni dah mula solat sunat tarawih" terang Salsabila Hana yang sudah siap bertelekung.

"Haaahh.. Kau gila ke apa Hana, puasa pun belum lagi. Tarawih apanya?" pekik Harris Iskandar seperti orang yang hilang pedoman.

"Tuan, esok kita dah mula berpuasa. Malam ni malam pertama solat sunat tarawih" terang Salasabila Hana.

"Kau pergi je lah. Serabut kepala otak aku ni" tengking Harris Iskandar.

Salsabila Hana terus beredar untuk ke surau yang berdekatan di kawasan perumahan mereka. Tahun-tahun sebelum ini, pasti Harris Iskandar dan dia akan bersama-sama ke surau untuk mengerjakan solat sunat tarawih. Tetapi lain pula ramadhan kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience