BAB 5

Romance Completed 13711

Setelah selesai segala urusannya di pejabat. Harris Iskandar terus menuju ke Vila Orkid. Di mana vila itu ialah kediamaan Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah. Vila 5 tingkat yang mewah serta tersergam indah. Vila mewah yang berada di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa.

" Assalamualaikum....Hai mama, papa mana? soal Harris Iskandar . Dia mencium pipi Puan Sri Aisyah setelah turun dari kereta. Puan Sri Aisyah menyambut kedatangan anak tunggalnya. Puan Sri Aisyah membalas senyuman Harris Iskandar.

" Waalaikumusalam.... Papa, sekejap lagi sampai la tu. Lagipun papa ada beritahu mama yang dia pulang awal hari ni. Ada hal yang perlu dibincangkan katanya pagi tadi" jelas Puan Sri Aisyah sambil memimpin tangan Harris Iskandar masuk ke dalam vila.

Ruang tamu yang berada di tingkat bawah tanah itu dihiasi cantik dengan barangan mewah. Harris Iskandar hanya mengekori Puan Sri Aisyah ke ruang tamu.

"Errr... mama, nanti papa dah sampai. Mama panggil Harris okay. Harris nak ke dapur kejap, haus pula tekak ni " ujar Harris Iskandar melangkah laju ke dapur untuk mendapatkan minuman.

Terasa haus tekaknya. Dia hanya sempat meneguk secawan kopi panas semasa sesi perbincangan dengan Tan Sri Ridzuan petang tadi. Sekarang dah hampir masuk waktu maghrib.

"Cakkkkkkkkkkk........." sergah Harris Iskandar mengusik Mak Timah yang sedang menyediakan minuman di dapur.

"Astagfirullahalazim......Harris, terperanjat mak" terpinga-pinga Mak Timah sehingga mengucap panjang apabila disergah Harris Iskandar.

" Emmm... Mak tengah buat apa tu? Sibuk ke?" tanya Harris Iskandar lalu duduk di meja makan. Dia tersenyum sendiri apabila mendapati Mak Timah terkejut besar dengan sergahannya.

"Hahahah…. padan muka mak, khusyuk sangat buat kerja sampai Harris sampai pun mak tak perasan" ketawa besar Harris Iskandar. Cepat-cepat dia menghulurkan kedua tangannya untuk bersalaman dengan Mak Timah.

"Ishhh.... Harris ni. Nasib baik la mak ni tak dak sakit jantung ke apa ke. Kalau tidak dah arwah rasanya sekarang ni " ujar Mak Timah sambil bersalaman dan terus mengurut dadanya. Harris Iskandar hanya melihat gelagat Mak Timah sambil ketawa kecil.

Harris Iskandar sudah biasa dengan panggilan mak kerana Mak Timah adalah pengasuhnya dari dia masih kecil lagi. Jadi sudah menjadi kebiasaan Harris Iskandar dengan panggilan itu. Harris Iskandar diasuh dan dijaga oleh Mak Timah dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang Harris Iskandar kepada Mak Timah juga tidak ubah seperti ibunya sendiri. Dihormati dan disayangi.

"Dudukla dulu Harris, mak siapkan air kejap" arah Mak Timah sambil mengambil cawan di rak dalam almari.

Harris Iskandar duduk sambil menikmati minum petang yang Mak Timah hidangkan. Menu kegemaran Harris Iskandar iaitu bubur kacang hijau bersama kopi panas.

"Mak, lama Harris tak makan bubur ni. Sedapnya.... Ada lagi tak?" puji Harris Iskandar sambil menyuap sesudu bubur ke dalam mulutnya. Mak Timah hanya memerhatikan Harris Iskandar yang leka menikmati bubur kacang hijau yang dimasak olehnya.

"Harris, sambil-sambil kamu makan ni. Mak nak tanya sikit boleh" tanya Mak Timah.

"Emmmm... Lain macam je mak ni. Mak nak tanya apa ni?" balas Harris Iskandar sambil meneguk secawan kopi panas. Terasa hairan juga dengan Mak Timah.

"Ala.... Mak nak tanya sikit je pun. Hana sihat ke? Lama mak tak jumpa dia. Rindu pula. Nanti ,kalau Harris lapang, bawa la dia ke sini" ujar Mak Timah. Dia mula merindui Salsabila Hana. Selepas Harris Iskandar pindah keluar dari vila itu, Mak Timah langsung tidak berjumpa Salsabila Hana.

"Errrmmmm... Dia okay ja mak. Dia kat rumah ja. Nanti Harris ada masa, Harris bawa dia ye mak" balas Harris Iskandar. Hilang selera makannya apabila diajukan soalan sebegitu. Terus terhenti suapannya. Riak wajahnya terus bertukar.

"Ishhhh.... Budak ni, Harris tu dah jadi suami orang. Harris kena la pandai jaga isteri. Hana tu baik orangnya. Jangan la kamu sia - siakan dia" beritahu Mak Timah kepada Harris Iskandar. Harris Iskandar terus bagun meninggalkan Mak Timah kerana dia rasa tidak selesa apabila diajukan soalan mengenai Salsabila Hana.

"Mak, Harris nak pergi tengok mama papa dulu. Mungkin papa dah sampai.Terima kasih ye mak hidangkan Harris bubur kacang ni" beritahu Harris Iskandar lalu melangkah pergi meninggalkan Mak Timah keseorangan di dapur.

Harris Iskandar melangkah laju meninggalkan Mak Timah terus ke ruang tamu. Hanya kelibat Puan Sri Aisyah yang dilihatnya. Dia terhenti di kaki tangga.

"Ishhhhhh…. Malasnya aku nak fikir pasal perempuan tu. Tak pasal-pasal tanya perempuan tu. Dah tak ada benda lain ke dia nak tanya " mengomel Harris Iskandar sambil mencebik bibirnya.

Puan Sri Aisyah datang menghampiri Harris Iskandar. Harris Iskandar tidak sedar yang Puan Sri Aisyah sedang memerhatikannya.

"Harris.... Kenapa ni? Ada masalah ke? Cuba kamu beritahu mama" soal Puan Sri Aisyah kerana dia sedar yang Harris Iskandar berubah riak wajahnya.

“Errrr.... Harris okay je mama. Mama, papa belum sampai ke? jawab Harris Iskandar lalu bertanya kembali kepada Puan Sri Aisyah.

“Belum lagi Harris. Mama call papa tadi, dia beritahu yang dia lewat sikit. ” balas Puan Sri Aisyah.

“Emmmm.... Kalau begitu, Harris masuk bilik dulu ye mama. Harris nak mandi dan solat maghrib dulu. Kalau papa dah sampai mama panggil Harris ye” pinta Harris Iskandar kepada Puan Sri Aisyah. Dia memilih untuk menaiki tangga dari menaiki lif ke tingkat 3 vila itu.

Harris Iskandar terus masuk ke dalam biliknya. Lalu dia merebahkan badan ke atas tilam empuk. Terasa tenang apabila dia berada di situ. Sudah 6 bulan dia meninggalkan vila itu. Seminggu selepas dia mendirikan rumahtangga bersama Salsabila Hana.

Dari jauh dia memandang satu bingkai gambar di atas meja sisi katilnya. Dia mengambil bingkai gambar itu, diteliti dan perlahan-lahan di letakkan di atas dadanya. Terkenang dia pada seseorang. Menyulam rindu yang semakin mendalam. Rindu yang tiada penghujungnya.

"Nurin Inara...." nama yang terkeluar dari mulut Harris Iskandar. Dia mula mengelamun. Entah apa yang difikirkannya. Sedar tak sedar sudah lama dia berada di dalam bilik. Dia bangun dari pembaringan berlalu ke bilik mandi.

Usai siap bersihkan diri dan selesai solat maghrib. Harris Iskandar turun ke bawah untuk berjumpa Tan Sri Hizuddin. Mereka berbual mesra di tepi kolam renang. Damai dan dingin malam itu.

Setelah selesai berbincang, Harris Iskandar meminta diri untuk masuk ke biliknya. Letih badannya setelah seharian berkerja. Jam di dinding menunjukkan 11.00 malam. Dia mengambil keputusan untuk bermalam di vila Orkid.

Kring...... kring... kring....Telefon bimbit Harris Iskandar yang diletakkan di atas meja sisi katilnya berbunyi. Terpapar di skrin telefon bimbitnya “MY HOME". Dibiarkan telefon bimbit itu berdering sehingga deringan itu hilang dari pendengarannya.

"Ish..... apa lagi la perempuan ni nak. Dia tak tahu malu ke. Aku dah tak nak, tapi dia terhegeh-hegeh pula” bentak Harris Iskandar dengan perasaan marah. Dibiarkan sahaja telefon bimbitnya berbunyi berulang kali.

Malam yang dingin dan diterangi cahaya bulan penuh. Harris Iskandar terus memandang bulan itu. Akhirnya dia tertidur dengan perasaan rindu kepada gadis yang bernama Nurin Inara.

Siapakah pemilik nama tersebut? Kenapa Harris Iskandar bersikap dingin terhadap Salsabila Hana? Apakah rahsia yang terpendam selama ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience