BAB 58

Romance Completed 13711

Harris Iskandar sudah mulai sedar apabila ubat penenang yang diberikan oleh doktor beransur-ansur hilang. Dia melihat di sekitar biliknya. Dia telah pun dipindahkan daripada unit rawatan rapi ke bilik VIP di hospital itu. Dia juga terlihat Salsabila Hana yang sedang memdirikan solat. Dia hanya memerhatikan Salsabila Hana dari jauh.

"Ya Allah. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa suamiku, mertuaku serta ahli kerlurgaku yang masih hidup mahupun yang telah pergi menghadapMu. Sembuhkanlah sakit suamiku Ya Allah. Kasihanilah dia seperti mana KAU mengasihi setiap hambaMu. Permudahkanlah urusan suamiku. Berikanlah dia ketenangan untuk menempuh liku-liku hidupnya Ya Allah. KAU makbulkanlah doa hambuMu ini. Amin amin ya robbal alamin" doa Salsabila Hana selepas selesai solat.

Harris Iskandar hanya mendegar doa yang dipohon oleh Salsabila Hana. Tersentuh hatinya apabila insan yang dia tidak pernah sukai memohon doa buat dirinya. Dia hanya memerlukan Nurin Inara di dalam hidupnya bukannya Salsabila Hana.

"Tuan dah lama bangun? Tuan nak makan atau minum apa-apa tak?" tanya Salsabila Hana apabila dia melihat Harris Iskandar mengelamun jauh.

Harris Iskandar hanya mengangguk kepala. Dia juga terasa lapar. Telah lama rasanya dia tidak menjamah makanan.

"Tuan tunggu sekejap. Saya pergi dapatkan makanan" beritahu Salsabila Hana. Dia berlalu untuk ke kedai serbaneka di lobi hospital untuk membeli makanan buat Harris Iskandar.

"Tuan, mari saya suapkan roti" beritahu Salsabila Hana sambil menghulurkan secubit roti ke dalam mulut Harris Iskandar.

Harris Iskandar menikmati roti untuk malam itu. Dia berasa keadaan dirinya kian beransur pulih tetapi dia masih belum tahu mengenai kakinya yang tidak boleh diangkat dan tiada tindak balas apabila disentuh.

"Alhamdulillah, tuan dah sihat sikit. Gembira saya tengok tuan begini. Lama juga tuan tidur" ujar Salsabila Hana apabila suasana di bilik itu agak sunyi.

"Emmm.. Aku nak jumpa Nurin. Aku rindukan dia. Kau faham tak?" tengking Harris Iskandar. Salsabila Hana terkejut dengan tengkingan Harris Iskandar. Dia risau jika doktor mungkin akan memberikan ubat penenang sekali lagi kepada Harris Iskandar.

"Baik, tuan. Nanti saya carikan Nurin. Sekarang tuan bersabar ya. Nanti doktor datang berikan ubat penenang" beritahu Salsabila Hana. Dia rasa sebak melihat Harris Iskandar yang terlalu rindukan Nurin Inara.

Jam menunjukkan tepat 1.30 pagi. Harris Iskandar tidur nenyak. Salsabila Hana yang tidur di atas kerusi terjaga. Sakitnya mula menyerang. Dia perlu mendapatkan ubatnya.

"Emmmmm.. Aduhhhh.. Ya Allah sakitnya" Salsabila Hana mengerang kesakitan. Penglihatannya mulai kabur.

Salsabila Hana perlu mengambil ubat dengan kadar segera. Dia tidak mahu Harris Iskandar terjaga apabila terdengar bunyi bising. Salsabila Hana memasukkan sehelai tuala kecil ke dalam mulutnya bagi mengurangkan bunyi apabila dia mengerang kesakitan. Dia juga sudah 3 bulan tidak dapat menjalani rawatan kimoterapi.

"Hana... Kenapa dengan kau?" soal Harris Iskandar yang terjaga dari tidur.

Salsabila Hana hanya mampu melihat Harris Iskandar yang cuba bangun untuk melihat keadaannya. Dia sudah tidak mampu untuk bangun. Dia hanya mampu membiarkan kesakitan yang dialaminya beransur hilang dengan sendirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience