BAB 81

Romance Completed 13711

Rozita membawa Salsabila Hana ke sebuah bilik kosong di rumahnya. Bilik itu sebelum ini pernah dihuni oleh Salsabila Hana ketika dia menyewa sewaktu ketika dahulu dan sekarang dia kembali semula menghuninya.

"Hana, kenapa boleh jadi begini? Suami Hana tahu tak yang kamu ke sini?" tanya Rozita untuk memdapatkan penjelasan.

"Suami Hana ada di London sekarang ni bersama Nurin Inara. Nurin tu isteri kedua suami Hana dan sekarang Hana bermadu kak. Diorang dah seminggu pergi ke sana" jawab Salsabila Hana.

"Emm.. Dia tinggalkan kamu seorang diri. Tergamaknya dia. Suami jenis apa dia tu? Sanggup tinggalkan isteri" tinggi nada suara Rozita apabila dia mengetahui perkara sebenar.

"Hana ada satu rahsia yang perlu Hana beritahu. Sebenarnya Hana ada kanser kak. Hana minta maaf kalau kehadiran Hana menyusahkan kak Ita. Hana dah tiada sesiapa lagi untuk meluahkan masalah cuma kak Ita saja tempat Hana tumpang mengadu" jawab Salsabila Hana. Dia tidak mampu menahan air matanya lagi. Mereka berpelukan.

"Ya Allah.... Kamu sakit apa Hana? Kesiannya kamu. Insha Allah apa yang termampu kak Ita akan bantu kamu. Kamu jangan mudah give up tau dan kamu juga kena kuat semangat. Kak Ita akan sentiasa berada di sisi kamu" tanya Rozita lagi lalu menghampiri Salsabila Hana. Digenggam erat tangan Salsabila Hana.

"Emmm... Terima kasih kak. Dah 2 tahun mereka bernikah. Kami juga tinggal serumah. Semasa doktor sahkan Hana menghidap kanser otak. Dah hampir 4 tahun Hana menjalani rawatan kanser. Baru-baru ni doktor ada beritahu keadaan Hana buat masa sekarang. Doktor beritahu yang Hana mampu bertahan lebih kurang 2 bulan saja lagi. Sebenarnya Hana takut kerana itulah Hana terpaksa ke sini kerana tinggal bersendirian. Hana takut kalau Hana pergi sorang diri tanpa ada seorang pun yang tahu. Suami Hana baik orangnya. Tetapi...." terang Salsabila Hana panjang lebar dan terhenti di situ. Dia tidak mahu menceritakan keburukan orang lain. Air matanya mengalir. Sendu di hatinya kian menebal.

"Ya Allah.. Sabar ye Hana. Berat betul dugaan yang perlu kamu tempuhi. Sekarang kamu jangan fikir apa-apa lagi. Berehat dan tidurlah dulu, esok kita sambung lagi bercerita. Hana kalau ada apa-apa masalah panggil kak Ita ye. Kak Ita tahu kamu kuat. Semoga Allah memberikan kamu kekuatan untuk menempuh ujian ini. Sekarang kamu dah ada Kak Ita, kamu jangan bersedih lagi tau" beritahu Rozita sambil memeluk Salsabila Hana yang masih menangis teresak-esak.

"Baiklah, kak Ita. Terima kasih kerana sudi tumpangkan Hana di sini. Kalau kak Ita tak ada, Hana tak tahu nak minta bantuan siapa lagi. Hana hidup sebatang kara di dunia ni kak" ucap Salsabila Hana sambil menyapu air mata yang masih tersisa di pipi. Dia ingin merebahkan tubuhnya dan berehat.

Salsabila Hana berasa sedikit tenang apabila dia dapat meluahkan semua masalah yang terbuku di jiwanya selama ini. Nasib baik, Rozita sanggup untuk mendengar semua masalah yang dihadapinya. Dia cuma risau jika dia bersendirian di rumah. Jika berlaku kecemasan, siapa yang akan membantunya. Dia perlu mencari seseorang untuk membantunya, mujurlah Rozita ada. Rozita sanggup membantunya.

Harris Iskandar dan Nurin Inara menghabiskan masa mereka di Kota London dengan aktiviti membeli-belah. Mereka membeli-belah di sebuah gedung membeli- belah yang terkemuka di Kota London. Harris Iskandar hanya menurut sahaja kehendak dan kemahuan Nurin Inara. Nurin Inara dilayan seperti seorang permaisuri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience