BAB 4

Romance Completed 13711

Jam tangan menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi, Harris Iskandar selamat tiba di pejabatnya. Tersergam indah bangunan 18 tingkat. Bangunan itu kepunyaan Harris Iskandar Tan Sri Hizuddin yang berdiri megah. Syarikat Megah Padu Holdings merupakan syarikat besar bertaraf antarabangsa.

"Good morning, Sofea" sapa Harris Iskandar ringkas. Dia disambut oleh seorang wanita yang sangat jelita dan seksi.

"Good morning, tuan Harris" balas Sofea Adriana dengan senyuman.

Sofea Adriana adalah setiausaha kepada Harris Iskandar. Dengan memiliki personaliti yang menarik, anggun dan bergaya. Pakaiannya yang sentiasa seksi sudah biasa untuk menjadi tatapan Harris Iskandar.

"Okay, ada apa hari ni?" soal Harris Iskandar melangkah masuk ke dalam pejabat sambil menyandang beg bimbit miliknya.

"Ya.. Hari ni, Encik Harris ada meeting dengan CEO Megah Padu Holdings jam 10.30 pagi . Sebelah petang pula Encik Harris perlu menghadiri perbincangan bersama Tan Sri Ridzuan dari Syarikat Takdir Bakti Sdn.Bhd pada jam 2.30 petang di pejabat" terang Sofea Adriana kepada Harris Iskandar.

"Okay, nanti awak tolong ingatkan saya. Sekarang, awak tolong buatkan saya secawan kopi panas kurang manis. Faham!" pinta Harris Iskandar.

"Okay Encik Harris, nanti saya hantarkan ke bilik " balas Sofea Adriana.

"Terima kasih Sofea, awak boleh keluar sekarang” arah Harris Iskandar dengan nada yang lembut lalu melemparkan senyuman manis kepada Sofea Adriana.

"Sama-sama, Encik Harris" balas Sofea Adriana sambil membalas senyuman Harris Iskandar dan berlalu pergi.

Harris Iskandar duduk di kerusinya sambil melihat skrin telefon bimbitnya. Yang dilihatnya adalah sekeping gambar. Direnungnya gambar itu dengan penuh makna. Fikirannya mula melayang memikirkan gadis yang terpampang di skrin telefon bimbitnya.

Harris Iskandar mengelamun jauh sehingga dia tidak sedar Sofea Adriana sudah berada di hadapannya. Lamunannya terhenti apabila disapa oleh Sofea Adriana ketika menghantarnya secawan kopi.

"Encik Harris, ni kopi yang encik minta tadi. Ada apa-apa yang encik perlukan lagi?" tanya Sofea Adriana lalu meletakkan secawan kopi panas di atas meja kerja Harris Iskandar.

"Okay, terima kasih. Awak boleh keluar" arah Harris Iskandar.

Harris Iskandar hanya melihat gelagat Sofea Adriana yang memakai pakaian yang ketat dan mendedahkan sebahagian daripada tubuhnya. Hanya senyuman yang diberikan kepada Sofea Adriana.

" Encik, kalau tak dak apa-apa lagi, saya keluar dulu" ujar Sofea Adriana kepada Harris Iskandar lalu melangkah pergi meninggalkan bilik Harris Iskandar.

"Ishhh... bos ni, tengok aku macam nak makan je. Tergugatlah tu” rungut Sofea Adriana apabila teringatkan riak wajah Harris Iskandar yang melihatnya dari atas hingga ke bawah.

Sofea Adriana cuba mengingati hari pertama dia memulakan kerja sebagai setiausaha Harris Iskandar. Dapat dilihat Harris Iskandar juga memiliki personaliti yang menarik. Wajahnya yang tampan, susuk tubuhnya yang sasa, mempunyai kulit yang cerah dan memiliki anak mata yang galak. Pasti setiap gadis yang melihatnya terus terpesona lalu jatuh cinta.

Harris Iskandar terus mengelamun sehingga dia tidak sedar yang sekarang sudah hampir pukul 10.15 pagi. Sekejap lagi dia ada mesyuarat yang perlu dihadirinya.

Siapakah gadis yang dikenang oleh Harris Iskandar? Apakah perhubungan Harris Iskandar dengan gadis itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience