BAB 11

Romance Completed 13711

“Kau ke mana ni sampai lewat petang baru muncul. Kau ingat kau siapa? Tuan rumah ni? Suka hati kau je keluar masuk rumah aku? herdik Harris Iskandar dengan kata-kata yang menguris hati Salsabila Hana.

“Maafkan saya tuan, saya pergi......” belum pun sempat Salsabila Hana habiskan kata-kata Harris Iskandar terus menarik tangannya dengan kasar. Salsabila Hana diheret masuk ke dalam biliknya. Dilemparnya tubuh Salsabila Hana ke atas katil.

“Mulai saat ni, kau jangan suka-suka nak keluar dari rumah ni tanpa kebenaran aku. Kau faham tak? tengking Harris Iskandar tanpa ada sedikit pun rasa simpati.

“Maafkan saya tuan, saya takkan buat lagi. Maafkan saya, tuan . Tapi saya dah beritahu tuan dari minggu lepas lagi” pinta Salsabila Hana. Dia cuba menahan kesakitan.

Selepas diheret dan dilempar oleh Harris Iskandar tangan Salsabila Hana terasa sakit. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Terus mengalir tanpa ada isyarat yang ianya akan berhenti. Dia mengesat air mata.

"Oh... Sekarang kau dah pandai menjawab ye. Sepatah aku cakap, 10 patah kau balas" pekik Harris Iskandar.

Harris Iskandar berlalu pergi meninggalkan Salsabila Hana seorang diri di dalam bilik. Dihempasnya kuat pintu bilik itu. Terpana Salsabila Hana apabila melihat pintu dihempas kuat.

"Kenapa dia buat aku macam ni. Apa salah aku kepada dia? rintih Salsabila Hana. Dia segera bangun lalu memasuki bilik mandi.

Usai mandi dan solat. Salsabila Hana terus berbaring di atas katil. Terasa letih badannya. Otaknya tidak berhenti-henti memikirkan kata-kata Doktor Zulaika siang tadi. Akhirnya, dia tertidur. Hilang segala resah dan gelisahnya malam itu.

Harris Iskandar pula tidak dapat duduk tenang. Seperti cacing kepanasan. Ke hulu ke hilir dia berjalan di dalam biliknya. Entah apa yang difikirkannya.

"Ishhhh... Melampau betul la perempuan ni" terpacu juga dari mulut Harris Iskandar apa yang membuatkan dirinya gelisah.

Harris Iskandar cuba melelapkan matanya, tetapi gagal. Dia cuba mengiring ke kiri dan ke kanan, tetapi matanya masih belum mengantuk. Akhirnya dia tertidur juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience