BAB 66

Romance Completed 13711

Hampir 4 bulan Harris Iskandar menjalani rawatan fisioterapi dan rawatan tradisional. Salsabila Hana tidak putus-putus berdoa agar suaminya pulih dan menjalani kehidupan seperti orang lain. Sikap Harris Iskandar terhadap Salsabila Hana juga mula berubah. Dahulunya dia sering bersikap dingin terhadap Salsabila Hana tetapi sekarang dia sudah mulai mesra.

"Tuan.. Mari kita berjalan-jalan di taman" ajak Salsabila Hana dengan nada yang gembira.

"Jom.... Aku nak cuba berjalan. Mana tahu aku dah boleh berjalan" balas Harris Iskandar sambil tangannya menggerakkan kerusi rodanya.

"Tuan, cuba berdiri. Saya tolong tuan ya" beritahu Salsabila Hana.

"Okay. Aku nak berdiri dulu. Sekarang aku nak try berjalan sendiri" balas Harris Iskandar yang cuba melangkah.

"Yahoooo... Aku dah boleh berjalan. Alhamdulillah. Kau tengok ni aku dah boleh berjalan sendiri" jerit Harris Iskandar dengan nada kegembiraan.

"Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah" sebak Salsabila Hana apabila doanya selama ini dimakbulkan.

Harris Iskandar datang menghampiri Salsabila Hana. Dia memeluk erat Salsabila Hana. Dia begitu gembira kerana susah payah dia berusaha untuk berjalan semula. Dia juga tahu dengan bantuan dan semangat yang diberikan Salsabila Hana telah memulihkannya daripada lumpuh. Selama itu juga Salsabila Hana yang menjadi tulang belakangnya.

"Terima kasih, Hana. Kau sudi bantu aku. Aku happy sangat sekarang. Aku nak cari Nurin Inara. Kau tolong ambilkan handphone aku cepat. Aku nak call papa mama" ucap Harris Iskandar yang mula meleraikan pelukkan antara mereka.

"Sama-sama, tuan..Saya tumpang gembira. Akhirnya tuan berjaya berjalan semula. Baik saya pergi ambil sekarang" balas Salsabila Hana menitis air mata kegembiran.

Salsabila Hana berlalu pergi meninggalkan Harris Iskandar . Dia perlu mendapatkan telefon bimbit Harrus Iskandar dengan segera. Tiba- tiba dia rebah di ruang tamu.

"Ishhh... Kenapa lama sangat dia pergi ambil handphone ni?" bisik Harris Iskandar apabila dia sudah terlalu lama dia menunggu Salsabila Hana.

Harris Iskandar berjalan menuju ke ruang tamu. Dia memanggil Salsabila Hana tetapi tiada balasan. Dia perlu segera mendapatkan telefon bimbitnya. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah mengenai dirinya yang sudah pulih dari lumpuh.

"Hana.... Hana...." panggil Harris Iskandar. Tetapi masih tiada jawapan.

"Ishhhhh... Dia ni pergi mana? Aku dah berjanggut tunggu dia" leter Harris Iskandar.

Salsabila Hana terbaring di ruang tamu berdekatan sofa. Pandangan yang terhalang menyebabkan Harris Iskandar tidak dapat melihat Salsabila Hana. Harris Iskandar segera mengambil telefon bimbit di dalam bilik tidurnya lalu membuat panggilan sambil berjalan menuju ke ruang tamu.

"Hana... Ya Allah" pekik Harris Iskandar apabila dia terlihat Salsabila Hana terbaring tidak sedarkan diri.

"Aku kena call ambulan sekarang" ucap Harris Iskandar sambil mendail nombor kecemasan.

Harris Iskandar memangku kepala Salsabila Hana. Darah merah mengalir keluar dari hidung Salsabila Hana. Harris Iskandar memeriksa nadi dan nafas Salsabila Hana. Direnungnya wajah Salsabila Hana yang begitu pucat. Dia juga sudah beberapa kali cuba untuk menyedarkan Salsabila Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience