BAB 85

Romance Completed 13711

Harris Iskandar menghubungi pihak hospital bagi mendapatkan maklumat mengenai Salsabila Hana. Dia perlu segera tahu keadaan Salsabila Hana dan berada di mana sekarang. Pihak hospital meminta Harris Iskandar datang untuk bertemu dengan Doktor Zulaika bagi mengetahui perkara yang sebenarnya telah berlaku. Harris Iskandar tanpa membuang masa terus ke hospital. Dia sudah tidak menghiraukan keletihan yang dialaminya ketika itu.

“Nurse, saya nak jumpa Doktor Zulaika” beritahu Harris iskandar apabila dia tiba di lobi hospital itu.

“ Maaf, encik. Sila ikut saya” arah seorang jururawat yang bertugas ketika itu.

Jururawat tersebut membawa Harris Iskandar menemui Doktor Zulaika. Kemudiannya, jururawat itu diarahkan keluar kerana mereka perlu berbincang secara peribadi mengenai Salsabila Hana.

“Sorry doktor. Saya nak tahu bagaimana keadaan Salsabila Hana. Dia ada di wad mana sekarang?” tanya Harris Iskandar memulakan bicara.

“Maafkan saya, encik Harris. Saya ada berita yang kurang enak untuk disampaikan kepada encik. Sebenarnya Salsabila Hana sudah meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu. Dia di tempatkan di unit rawatan rapi selama 2 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Salam takziah dari saya” terang Doktor Zulaika.

“Ya Allah. Betul apa yang saya dengar ni, doktor. Salsabila Hana dah meninggal” terkejut Harris Iskandar apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Doktor Zulaika.

“Sabar ye, encik Harris. Kawan dia ada tinggalkan pesan jika saya bertemu encik Harris. Dia juga ada meninggalkan nombor telefon kepada saya” beritahu Doktor Zulaika sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertera nombor telefon bimbit Rozita.

“Doktor boleh tolong terangkan apa sebenarnya yang terjadi” pinta Harris Iskandar.

“Begini encik Harris. Kanser otak Salsabila Hana sudah berada di tahap 4. Di mana kanser itu sukar dirawat dengan kaedah rawatan kimoterapi. Saya juga ada memberitahu dia yang jangka hayat untuk dia hidup lebih kurang setahun. Dia juga meminta saya merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan encik Harris” terang Doktor Zulaika kepada Harris Iskandar.

“Ya Allah…. Kenapa Hana rahisakan daripada pengetahuan abang. Maafkan abang, Hana” meraung Harris Iskandar apabila mendengar penjelasan daripada Doktor Zulaika.

“Terima kasih doktor kerana telah merawat isteri saya selama ini. Saya tahu saya bukanlah seorang suami yang baik untuk dirinya. Saya berasa begitu kejam kerana perlakukan dirinya sedemikian rupa” ucap Harris Iskandar penuh dengan penyesalan.

Penyesalan yang tidak mungkin akan mengembalikan Salsabila Hana. Harris Iskandar berasa bersalah di atas perbuatannya yang meninggalkan Salsabila Hana bersendirian. Dia terlalu mengikut hasutan daripada Nurin Inara supaya dirinya bersikap kejam terhadap Salsabila Hana. Dia langsung tidak mengendahkan rayuan dan tangisan Salsabila Hana apabila melarang dirinya daipada meninggalkan Salsabila Hana keseorangan. Rupanya ada perkara yang hendak disampaikan kepadanya tetapi dia gagal untuk mengerti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience