BAB 41

Romance Completed 13711

Mereka menaiki kereta terus bergerak ke pasaraya. Sudah menjadi kebiasaan Puan Sri Aisyah akan membeli pelbagai barangan untuk persiapan terakhir sebelum lebaran menjelang. Tinggal 2 hari sahaja lagi. Salsabila Hana mengikut Puan Sri Aisyah dan Nurin Inara ke bahagian barangan basah.

"Hana... Nak masak apa ye? Boleh bagi cadangan?" tanya Puan Sri Aisyah.

"Hana ikut saja, Puan Sri" balas Salsabila Hana sambil menolak troli.

"Malam raya kita buat barbeque. Esok tu kita kena buat rendang dan nasi impit" Puan Sri Aisyah memberi cadangan.

"Okay juga tu, mama. Nurin ikut je" jawab Nurin Inara yang hanya mengekori Puan Sri Aisyah.

Mereka memilih barangan basah seperti yang dikehendaki oleh Puan Sri Aisyah. Setelah troli dipenuhkan dengan barangan yang diperlukan. Mereka ke bahagian lain untuk membeli keperluan yang lain pula.

Tan Sri Hizuddin dan Harris Iskandar yang masih leka memilih barang yang mereka perlukan. Hampir 3 jam mereka berada di situ. Keadaan di situ tidak sesibuk selalu. Mungkin orang ramai sudah mula pulang ke kampung halaman. Selesai membuat pembayaran. Mereka bergerak pulang ke Vila Orkid. Setelah tiba di Vila Orkid, Salsabila Hana perlu menurunkan semua barangan yang dibeli tadi.

"Hana, kamu ambil troli di sana tu" arah Puan Sri Aisyah.

"Baik, Puan Sri" balas Salsabila Hana segera mengambil troli di stor tepi garaj kereta.

Harris Iskandar dan Nurin Inara terus masuk ke bilik. Tan Sri Hizuddin membantu Salsabila Hana memunggah barang untuk di hantar ke dapur. Puan Sri Aisyah turut memberi bantuan. Setelah selesai, tinggal Salsabila Hana yang masih lagi menyiapkan kerja yang berbaki.

"Fuhhh... Letih betul hari ni. Kejap lagi dah nak masak untuk juadah berbuka. Sabar je lah Hana. Dah nasib badan" mengomel Salsabila Hana apabila dia sudah keletihan kerana kurang rehat dan tidur.

Salsabila Hana masuk ke bilik untuk mandi dan solat zohor. Lagi 45 minit sebelum masuk waktu asar. Dia perlu segera mengerjakan solat. Selepas ini, dia perlu ke dapur semula untuk menyediakan juadah berbuka.

"Hana..."panggil Puan Sri Aisyah

"Ya, Puan Sri. Saya ada di sini" jawab Salsabila Hana yang sedang sibuk menyiang udang dan ikan.

"Emm.. Hari ni, kamu nak masak apa?" tanya Puan Sri Aisyah ambil melihat barangan yang disiapkan Salsabila Hana.

"Menu hari ni, Hana masak ikan siakap tiga rasa, sambal udang petai, kangkung goreng belacan, udang celup tepung, kuih karipap, agar-agar dan buah-buahan je, Puan Sri" terang Salsabila Hana untuk menu berbuka puasa petang nanti.

"Okay, Hana. Baru dengar pun dah kecur air liur" kata Puan Sri Aisyah dengan nada yang lembut.

Salsabila Hana bertungkus-lumus menyiapkan juadah berbuka. Dia berharap agar dipermudahkan semua kerja yang dilakukannya hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience