BAB 70

Romance Completed 13711

2 minggu setelah Harris Iskandar pulang dari Paris. Harris Iskandar terlalu sibuk dengan urusan di pejabat. Dia juga tidak dapat menikmati cuti hujung minggu. Hari ini Harris Iskandar merancang untuk mengajak Salsabila Hana berkelah di tepi sungai. Dia tidak pernah membawa atau mengajak Salsabila Hana semenjak mereka mendirikan rumahtangga. Harris Iskandar ingin meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

" Hana, hari ni kita pergi berkelah di tepi sungai nak tak?" soal Harris Iskandar.

"Errrr... Boleh. Hana ikut saja apa yang abang mahu" balas Salsabila Hana. Dia berasa hairan dengan perubahan yang drastik dari Harris Iskandar.

"Okay, siapkan makanan dan peralatan yang lain. Pukul 10 pagi nanti kita bertolak ya" pesan Harris Iskandar berlalu pergi meninggalkan Salsabila Hana.

Salsabila Hana begitu bersungguh-sungguh menyediakan bekal untuk mereka berkelah nanti. Salsabila Hana memasak makanan kegemaran Harris Iskandar. Dia juga begitu teruja setelah sekian lama tidak berkelah.

Mereka bertolak tepat jam 10 pagi. Disebalik wajah gembira Salsabila Hana terdapat sedikit rasa hairan. Secara tiba-tiba Harris Iskandar mengajaknya untuk berkelah bersamanya. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam untuk sampai di lokasi yang mereka tujui.

"Abang..." panggil Salsabila Hana dengan nada yang lembut.

"Ya... Kenapa, Hana? balas Harris Iskandar sambil menghamparkan sehelai tikar.

"Kenapa tiba-tiba kita datang ke sini?" tanya Salsabila Hana lagi.

"Emmm... Nanti kita bincang. Sekarang kita kemas dulu barang-barang ni" balas Harris Iskandar.

Setelah siap tempat perkelahan mereka. Mereka berdua menikmati makanan yang dibawa bersama. Mereka juga kelihatan begitu gembira. Salsabila Hana tidak sabar untuk mengetahui sebab utama mereka berdua keluar bersama.

"Okay, seperti yang dijanjikan. Aku nak beritahu kau sesuatu" beritahu Harris Iskandar sambil menikmati buah anggur.

"Baik, abang. Hana dengar ni" balas Salsabila Hana memandang Harris Iskandar tanpa matanya berkerdip.

"Sebenarnya..... Aku tidak boleh mencintai kau. Aku tak ada apa-apa perasan terhadap kau. Aku harap kau faham" terang Harris Iskandar.

"Boleh Hana tahu. Kenapa abang tak boleh cintakan Hana? Abang masih cintakan Nurin Inara?" tanya Salsabila Hana lagi untuk mendapatkan penjelasan.

"Ya, aku masih mencintai Nurin. Aku tak dapat melupakan dia dan aku masih lagi berharap agar satu hari nanti dia akan pulang ke pangkuan aku semula" jawab Harris Iskandar.

"Emmmm.. Kalau begitu Hana faham perasaan abang. Tetapi Hana ada satu permintaan untuk abang. Hana harap abang boleh izinkan. Bolehkah Hana panggil abang untuk selamanya?" tanya Salsabila Hana dengan penuh pengharapan.

"Emmmm... Boleh tapi dengan syarat aku hanya mampu menyukai kau dan bukannya mencintai kau. Kau boleh terima syarat aku ni" balas Harris Iskandar.

"Hana juga perlukan kasih sayang dan perhatian daripada abang. Boleh tak Hana nak menumpang kasih sementara waktu?" tanya Salsabila Hana dengan suara yang sebak.

"Aku akan buat kau happy dan layan kau seperti biasa. Aku tak boleh jadi suami yang sempurna untuk kau. Aku akan cuba untuk menyukai kau dan aku juga harap kau akan lakukan perkara yang sama" jawab Harris Iskandar.

"Baiklah, abang" kata Salsabila Hana ringkas.

"Okay, mulai saat dan ketika ini panggilan antara kita adalah abang dan Hana" ujar Harris Iskandar sambil melemparkan senyuman.

"Terima kasih, abang. Hana cuma ingin 9 bulan sahaja untuk hidup gembira bersama abang" balas Salsabila Hana.

"Emmmm... Kenapa 9 bulan?" tanya Harris Iskandar.

Salsabila Hana tidak menjawab pertanyaan Harris Iskandar. Dia hanya melemparkan senyuman kepada suaminya. Dia tidak mampu untuk memberitahu kepada Harris Iskandar mengenai keadaan sebenar dirinya dan kanser.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience