BAB 14

Romance Completed 13711

"Waris Salsabila Hana" panggil seorang jururawat.

"Ye, saya suaminya" balas Harris Iskandar.

"Encik, sila ikut saya" arah jururawat itu melangkah masuk ke bilik rawatan.

Harris Iskandar turut mengekori jururawat itu masuk ke bilik rawatan. Salsabila Hana terbaring di atas katil. Wayar penuh berselirat di seluruh badannya. Harris Iskandar berasa cuak dengan keadaan itu, terkejut melihat keadaan Salsabila Hana. Salsabila Hana sebelum ini kelihatan sihat sahaja.

"Hana... Hana...." panggil Harris Iskandar.

"Encik, bersabar ye. Saya Doktor Zulaika, doktor yang merawat isteri encik" terang Doktor Zulaika apabila bertemu dengan Harris Iskandar.

"Kenapa dengan dia doktor? Sebelum ni dia okay je. Tiba-tiba dia pengsan tadi" ujar Harris Iskandar dengan penuh kegelisahan.

"Errr.... Tuan" panggil Salsabila Hana apabila tersedar dia ternampak kelibat Harris Iskandar di sisi katil. Dia cuba mencapai tangan Harris Iskandar.

"Ya...." balas Harris Iskandar bersahaja. Dia tidak mahu Salsabila Hana nampak kegelisahannya ketika ini.

"Doktor, tolong saya" pinta Salsabila Hana. Dia tidak mahu Harris Iskandar mengetahui mengenai kanser otak yang dihidapinya.

Salsabila Hana dihujani dengan pelbagai persoalan yang menerjah otaknya. Kerisauan mula melanda dirinya. Serba tak kena. Dia takut jika Harris Iskandar tahu. Mungkin Harris Iskandar akan menjauhkan diri darinya.

"Emmm.. Dia dah tahu ke tentang penyakit aku ni? Ishhhh.. Tapi riak muka dia macam dia tak tahu? Macam mana pula kalau dia dah tahu?" bisik Salasabila Hana dalam hati. Semangtnya terus berkobar-kobar.

"Doktor, bagaimana dengan keadaan dia" tanya Harris Iskandar kepada Doktor Zulaika yang datang menghampiri mereka. Doktor Zulaika juga turut membawa sebuah fail.

"Puan Salsabila perlu di masukkan ke wad untuk memulakan sesi kimoterapi" pinta Doktor Zulaika supaya Salsabila Hana terus menjalani rawatan kansernya.

"Ohhh. Tetapi kenapa? Dia sakit apa sebenarnya?" tanya Harris Iskandar mahukan penjelasan. Kerana setahu dia, kimoterapi dilakukan untuk pesakit kanser.

"Begini encik. Pihak kami mendapati yang isteri encik menghidap kanser otak stage 2. 2 bulan yang lalu saya ada menyarankan supaya membawa penjaga atau waris" terang Doktor Zulaika lagi.

"Encik, sila turunkan tandatangan di sini sebagai penjaga kepada Salsabila Hana untuk menjalani rawatan" terang Doktor Zulaika sambil menghulurkan dokumen untuk ditandatangani oleh Harris Iskandar.

"Baik doktor. Terima kasih" ucap Harris Iskandar setelah dia selesai menandatangi dokumen tersebut. Doktor Zulaika meninggalkan Salsabila Hana dan Harris Iskandar untuk memberi ruang kepada mereka.

"Kenapa kau tak beritahu aku pasal hal ini? Kenapa sembunyikan sakit yang kau hidapi?" soal Harris Iskandar.

"Errr.. Maafkan saya, tuan" tiada kata yang mampu keluar dari bibir Salsabila Hana selain meminta kemaafan.

"Okay, kau nak sembunyi sangat penyakit kau tu. Kau dengar sini baik-baik apa yang aku nak cakap ni" beritahu Harris Iskandar. Salsabila Hana hanya mengangguk.

"Kalau sakit buat cara sakit. Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa hal kau call aku. Aku pun dah siap tandatangani dokumen. Aku balik dulu" terang Harris Iskandar dengan panjang lebar.

"Errrrrrr...... Tuan, terima kasih" ucap Salsabila Hana dengan suara yang bergetar.

Harris Iskandar terus pulang meninggalkan Salsabila Hana di hospital. Salsabila Hana perlu menjalani rawatan kimoterapi untuk kanser yang dihidapinya.

Semua persoalan yang bermain di fikiran Salsabila Hana sudah terjawab. Harris Iskandar sudah mengetahui tentang kanser otak. Dia perlu kuatkan semangat untuk terus hidup. Dia juga perlu berjuang habis-habisan melawan kanser.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience