BAB 73

Romance Completed 13711

Indahnya apabila masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara nyaman di pagi yang begitu tenang. Terpancar sinar mentari menerangi alam semesta. Berakhirnya sebuah percutian yang cukup bermakna buat Salsabila Hana. Begitu banyak kenangan yang tercipta diantara mereka berdua. Hari ini Salsabila Hana perlu menjalani rawatan kimoterapi. Harris Iskandar perlu menghantarnya ke hospital.

“Hana…. Nanti abang datang lagi ye. Sekarang abang ke pejabat dulu” beritahu Harris Iskandar apabila ianya telah selesai urusan pendaftaran.

“Baiklah, abang. Terima kasih sudi hantar Hana. Abang bawa kereta baik-baik tau” balas Salsabila Hana sambil mencium tangan suaminya ketika mereka bersalaman.

“Bye. Assalamualaikum” ucap Harris Iskandar berlalu pergi sambil melambaikan tangannya.

“Waalaikumusalam” jawab Salsabila Hana sambil membalas lambaian Harris Iskandar dengan memberikan sekuntum senyuman.

Selama 4 hari Salsabila Hana perlu menjalani rawatan kimoterapi di hospital. Dia tidak memberitahu Harris Iskandar mengenai kansernya yang sudah berada di tahap akhir. Dia juga tidak mahu Harris Iskandar risau mengenai dirinya.

Setiap hari Harris Iskandar akan datang melawatnya. Salsabila Hana rasa dirinya begitu disayangi. Dia juga dapat merasakan Harris Iskandar begitu mengambil berat tentang dirinya. Sekali-sekala datang juga rasa serba salah kerana tidak berterus-terang mengenai kansernya.

“Abang… Nanti Hana dah pergi. Abang carilah Nurin atau pun perempuan lain untuk dijadikan peneman hidup abang. Dia boleh jagakan abang” beritahu Salsabila Hana tanpa disedari air matanya mengalir perlahan-lahan.

“Ishhhh.. Janganlah begitu. Jangan cakap begitu lagi. Abang tak nak dengar semua tu” balas Harris Iskandar lalu duduk dibirai katil sambil memeluk Salsabila Hana.

“Hana.. Abang peliklah. Semenjak kita pergi bercuti di Langkawi hari tu. Abang selalu dapat call dari nombor yang tak dikenali. Bila abang jawab dia diam. Tak tahulah apa yang dia nak” beritahu Harris Iskandar menukar topik perbualan mereka.

“Emmm… Siapa agaknya abang? Nurin agaknya” balas Salsabila Hana.

“Ishhhh…. Takkan kot sebab ni nombor dari Malaysia. Nurin ada di Paris” terang Harris Iskandar lagi.

“Esok dah boleh keluar wad. Abang datang jemput Hana atau Hana balik naik teksi” tanya Salsabila Hana sambil memerhatikan Harris Iskandar yang sedang mengelamun.

“Emmm.. Apa Hana cakapkan tadi? Abang tak dengar” pinta Harris Iskandar apabila dia tersedar dari lamunan.

“Hana cakap esok dah boleh keluar wad. Abang datang jemput atau Hana balik naik teksi je” beritahu Salsabila Hana mengulangi pertanyaannya yang terdahulu.

“Esok Hana balik naik teksi boleh tak? Abang ada urgent meeting, takut kalau abang berjanji tak dapat datang jemput Hana pula” balas Harris Iskandar.

Harris Iskandar kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Salsabila Hana dapat melihat riak wajah dan reaksi yang ditunjukkan oleh Harris Iskandar ketika dia ada menyebut tentang Nurin Inara. Salsabila Hana berasa sedikit cemburu dengan keadaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience