BAB 55

Romance Completed 13711

Penerbangan dari Heathrow London telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah sudah berada di terminal ketibaan. Mereka dijemput oleh Pak Mail iaitu pemandu Tan Sri Hizuddin apabila mereka ada urusan di Malaysia.

"Pak Mail, cepat kita pergi ke hospital sekarang" arah Tan Sri Hizuddin setelah Pak Mail selesai memasukan bagasi ke dalam bonet kereta.

"Baik, Tan Sri" jawab Pak Mail lalu memandu kereta memecut laju meninggalkan lapangan terbang menuju ke Hospital Netro.

Puan Sri Aisyah kelihatan agak gelisah.Dia juga dilihat asyik menangis. Mungkin kerana dia asyik memikirkan Harris Iskandar. Risaukan keadaan anak tunggal mereka.

"Sayang, sabarlah kita dah nak sampi ni" ucap Tan Sri Hizuddin sambil memeluk erat Puan Sri Aisyah.

"Errr... Sayang risaukan anak kita" jawab Puan Sri Aisyah dengan suara yang teresak-esak.

Pak Mail meneruskan pemanduan. Lebih kurang 45 minit masa perjalanan. Akhirnya mereka tiba di Hospital Netro. Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah terus menuju ke wad rawatan rapi. Mereka perlu segera mendapatkan Harris Iskandar.

"Hana, bagaimana keadaan Harris?" soal Tan Sri Hizuddin setelah tiba di luar wad.

"Tuan masih lagi koma, papa" balas Salsabila Hana.

Puan Sri Aisyah seakan mahu meraung. Dia memeluk Salsabila Hana tanpa berkata apa-apa dan cuma kedengaran hanyalah tangisannya. Salsabila Hana berasa serba salah. Salsabila Hana perlu menenangkan mertuanya. Dia tahu mereka sedih apabila mendapat berita mengenai Harris Iskandar.

"Mama, papa. Masuklah dulu. Nanti Hana panggilkan doktor ya" beritahu Salsabila Hana berlalu menuju ke bilik doktor.

Doktor Irfan merupakan doktor yang merawat Harris Iskandar datang menemui Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah. Dia menerangkan apa yang terjadi kepada Harris Iskandar. Dia juga menerangkan kaedah rawatan yang perlu dijalani oleh Harris Iskandar setelah dia sedar daripada koma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience