BAB 82

Romance Completed 13711

Hampir seminggu Salsabila Hana menumpang di rumah Rozita. Rozita ingin mengembirakan Salsabila Hana. Setiap masalah yang dihadapinya pasti akan dikongsi bersama Rozita. Rozita merupakan pendengar yang baik dan memahami diri Salsabila Hana.

"Wah... Seronoknya" Salsabila Hana begitu teruja.

"Hana, seronok tak? Kamu selalu cakap yang kamu teringin nak bersiar-siar di tepi pantai" kata Rozita sambil menarik tangan Salsabila Hana ke pantai.

"Terima kasih, kak Ita. Tak sangka masih ada peluang untuk Hana menghirup angin laut" ucap Salsabila Hana yang keriangan.

"Sama-sama. Jom kita rakam video nak? Boleh juga buat kenangan. Kamu cakap lah apa saja" beritahu Rozita sambil merakam imej Salsabila Hana dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Salsabila Hana begitu ceria walaupun dia kelihatan agak pucat. Sebenarnya Salsabila Hana kurang sihat tetapi dia perlu mengambil hati Rozita yang bersusah payah membawanya ke situ. Pada hari itu mereka seharian meluangkan masa bersama menikmati keindahan alam.

"Hana.... Kamu ada beritahu kak Ita yang kamu perlu ke hospital. Bila kamu perlu ke sana?" tanya Rozita bagi memastikan Salsabila Hana menjalani rawatan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Minggu depan hari isnin kak Ita. Kak, Hana rasa penat sangat. Hana nak rehat jap" jawab Salsabila Hana berlalu pergi masuk ke bilik.

Salsabila Hana perlu menghadiri pemeriksaan di hospital kerana rawatan kimoterapi telah dihentikan. Rawatan kimoterapi tidak lagi berkesan kepada kanser yang dihidapinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience