BAB 30

Romance Completed 13711

Nurin Inara semakin hari semakin menjadi-jadi dengan sikapnya yang suka bersosial dan memberontak. Dia juga sudah tidak menghiraukan teguran Harris Iskandar. Dia sering kali berkelakuan kurang sopan dari segi pemakaian sehinggakan Harris Iskandar pun tidak dapat melarangnya lagi. Harris Iskandar sudah buntu memikirkan jalan penyelesaian.

"Sofea, masuk sekejap" panggil Harris Iskandar menggunakan interkom.

"Baik, encik" balas Sofea Adriana berlalu meninggalkan mejanya menuju ke bilik Harris Iskandar.

"Saya ada appointment dengan sesiapa hari ni" tanya Harris Iskandar.

"Encik ada mesyuarat berkenaan projek pembinaan apartment di Klang" jawab Sofea Adriana dengan lebih detail.

"Tolong postpone ke minggu hadapan, saya perlu pergi sekarang" balas Harris Iskandar lalu mengambil beg bimbitnya.

“Ya. Baik encik. Saya akan reschedule” balas Sofea Adriana.

Sofea Adriana bertemu dengan Harris Iskandar sebelum meninggalkan pejabat. Harris Iskandar membatalkan semua temujanji hari ini kerana dia perlu beredar dengan kadar segera. Harris Iskandar ingin bertemu dengan Puan Sri Aisyah.

Harris Iskandar memecut laju meninggalkan bangunan pejabatnya. Dia perlu berjumpa Puan Sri Aisyah dengan kadar segera. Mamanya ada menelefonnya sebentar tadi. Dia perlu segera berjumpa dengan Puan Sri Aisyah. Ada hal mustahak yang perlu dibincangkan.

Harris Iskandar tiba di Vila Orkid. Dia terus memakir kereta. Dia masuk ke dalam vila dan mencari Puan Sri Aisyah.

“Assalamualaikum, mama” sap Harris Iskandar apabila dia melihat mamanya di ruang makan.

“Walaikummusalam, Harris. Marilah makan sekali” ajak Puan Sri Aisyah yang tengah menikmati makan tengahari.

“Tak pe, mama. Mama makan dulu, Harris makan nanti saja” balas Harris Iskandar lalu ke tingkat bawah untuk beristirehat di ruang tamu.

Setelah Puan Sri Aisyah selesai menikmati makan tengahari. Dia terus mencari Harris Iskandar di sekitar vila. Rupa-rupanya Harris Iskandar tertidur di atas sofa di ruang tamu.

“Harris….. Kenapa tidur di sini? Kenapa tak tidur di bilik kamu saja?” soal Puan Sri Aisyah sambil menepuk bahu Harris Iskandar yang sedang tidur nenyak.

“Emmmmm…. Mama, sihat tak? Ada apa hal mama panggil Harris datang ni? tanya Harris Iskandar sambil bangun dari pembaringan dan duduk di atas sofa.

“Harris, tahu tak yang mama terserempak dengan Nurin. Tetapi dia buat tak endah je kat mama ni? Kamu ada masalah dengan dia ke?” soal Puan Sri Aisyah untuk mendapatkan penjelasan.

“Errrr……… Sebenarnya mama. Nurin sekarang dah banyak berubah. Dia keluar malam subuh baru dia balik. Harris pun dah tak tahu nak buat apa lagi, mama” balas Harris Iskandar.

Harris Iskandar memberitahu kepada Puan Sri Aisyah yang Nurin Inara setiap hari akan keluar ke kelab malam dan kadang-kadang Nurin Inara mabuk kerana meminum minuman keras.

“ Habis tu, Harris ada bercakap atau berbincangan dengan Nurin mengenai perkara ni?” soal Puan Sri Aisyah lagi.

“Sudah, mama. Dia bukan mahu dengar apa yang Harris larang. Dia buat tak tahu je” terang Harris Iskandar lagi.

“Dah tu, apa tindakan Harris selepas ni. Takkan Harris nak biarkan saja dia dengan cara hidup dia begitu. Jangan sampai papa kamu tahu hal ini” tegas nada Puan Sri Aisyah. Dia tidak mahu Harris Iskandar mempunyai masalah dikemudian hari.

“Baiklah, mama. Nanti Harris fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ni secepat mungkin” balas Harris Iskandar.

Harris Iskandar mula memikirkan Nurin Inara yang tiba-tiba berubah dan bersikap dingin dengannya. Hampir jam 6.00 petang. Harris Iskandar meminta izin dari Puan Sri Aisyah untuk beredar dahulu. Hari sudah pun lewat petang. Dia perlu segera pulang. Supaya dia dapat bertemu dengan Nurin Inara. Dia cuba menelefon Nurin Inara tetapi tiada jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience