BAB 59

Romance Completed 13711

Harris Iskandar dibenarkan pulang setelah 3 minggu dia mendapatkan rawatan susulan. Dia perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk kedua belah kakinya yang mengalami lumpuh separuh badan. Ketika dia menerima berita mengenai keadaan dirinya. Pada mulanya, dia tidak dapat menerima keadaan dirinya ketika ini.

"Encik Harris, saya ada berita kurang gembira untuk kamu. Kamu mengalami lumpuh separuh badan iaitu dari aras pinggang hingga ke bawah. Saya berharap kamu bertenang dan banyak bersabar" terang Doktor Irfan.

"Apa doktor? Saya lumpuh. Habis apa yang perlu saya lakukan?" tanya Harris Iskandar dengan suara yang sebak. Dia seperti berada di dalam mimpi.

"Pelbagai kaedah rawatan yang boleh dilakukan salah satunya fisioterapi. Nanti saya akan berikan jadual rawatan kepada kamu. Jangan mudah berputus asa. Kita akan usaha supaya kamu boleh berjalan semula" terang Doktor Irfan lagi.

"Baiklah, doktor. Terima kasih" ucap Harris Iskandar. Doktor Irfan berlalu pergi meninggalkan Harris Iskandar bersama Salsabila Hana.

"Ishhhhhh.... Kenapa dengan kaki aku ni?" pekik Harris Iskandar sambil menumbuk-numbuk kedua belah kakinya.

"Sabar, tuan. Insha Allah tuan akan pulih nanti" ucap Salsabila Hana cuba tenangkan Harris Iskandar.

"Kau tahu apa. Aku yang lumpuh. Kau bukan rasa pun apa yang aku rasa" tengking Harris Iskandar lalu menolak Salsabila Hana yang berada di sisinya hingga jatuh ke lantai.

"Maafkan saya, tuan. Hari ni tuan dah boleh balik ke rumah" ucap Salsabila Hana lalu berdiri untuk mengemas semua barang milik Harris Iskandar.

Salsabila Hana dengan segera mengemas. Dia perlu membawa pulang Harris Iskandar sebelum waktu maghrib. Dia telah pun menghubungi Pak Mail untuk menjemput mereka di hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience