BAB 83

Romance Completed 13711

Setelah sebulan Salsabila Hana ditinggalkan bersendirian oleh suaminya, Harris Iskandar. Salsabila Hana terlalu merindui Harris Iskandar. Dia ingin bertemu dengan suaminya buat kali terakhir sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

"Kak Ita, Hana rindu Harris. Bila agaknya dia akan balik ke sini? Hana nak sangat peluk dia" beritahu Salsabila Hana yang masih terlantar sakit di hospital.

"Nanti kak Ita try call nombor dia. Kamu bersabar ye, Hana" balas Rozita sambil mengusap lembut tangan Salsabila Hana.

"Kak, Hana nak minta tolong. Kak tolong sampaikan ni kepada Harris" Salsabila Hana menghulurkan satu sampul surat yang agak besar kepada Rozita.

"Insha Allah... Nanti kak Ita sampaikan kepada dia. Kamu berzikir banyak-banyak, sentiasa ingat Allah S.W.T. Kamu juga perlu kuat. Kamu nak jumpa Harris kan?" sambut Rozita apabila sampul surat dihulurkan kepadanya.

Salsabila Hana dimasukkan ke wad setelah pengsan ketika berada di kedai bakeri Rozita. Dia juga mengalami batuk berdarah. Dia segera dikejarkan ke hospital. Salsabila Hana tidak dapat bertahan lagi dengan kesakitan yang dialaminya.

"Hana....." panggil Rozita.

"Kamu nak minum air tak? Pucat betul muka kamu ni?" ujar Rozita sambil mengerak-gerakkan tubuh badannya.

Salsabila Hana hanya berdiam diri. Dia sudah tiada daya lagi. Kali ini dia pasrah dengan apa yang berlaku. Dia juga tahu bahawa dia tidak dapat lagi bersemua muka dengan suaminya buat kali terakhir.

Setelah 4 tahun melawan kanser yang dihidapinya. Akhirnya Salsabila Hana pergi buat selama-lamanya. Dia dimasukkan ke wad rawatan rapi selama 2 hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Wajahnya begitu bersih. Dia pergi dengan begitu mudah.

"Hana... Maafkan kak Ita" raung Rozita menangis teresak-esak apabila dia tidak mampu melihat wajah Salsabila Hana buat kali terakhir.

"Semoga damailah kamu di sana. Sudah hilang segala kesakitan yang kamu alami selama ini" ucap Rozita sambil memeluk tubuh yang sudah tidak bernyawa.

Salsabila Hana disemadikan di tanah perkuburan yang berdekatan dengan kubur ahli keluarganya yang lain. Itu adalah permintaan terakhir Salsabila Hana kepada Rozita. Rozita sudah pun memenuhi permintaan Salsabila Hana. Tinggal satu lagi amanah yang perlu dia selesaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience