BAB 23

Romance Completed 13711

Begitu meriah dengan suasana mewah di majlis perkahwinan Harris Iskandar dan Nurin Inara. Majlis itu turut dihadiri ahli keluarga, sahabat handai serta rakan kongsi perniagaan mereka. Salsabila Hana turut hadir sama bagi memeriahkan majlis perkahwinan suaminya. Majlis itu telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Salsabila Hana gembira melihat suami yang dicintainya dalam diam bahagia bersama insan yang dicintai dan disayangi.

Setelah majlis selesai, pasangan pengantin baru turut dirai. Mereka juga turut menggumumkan bahawa meraka akan terus terbang ke Pulau Maldives untuk berbulan madu selama seminggu. Pakej bulan madu mereka juga dihadiahkan oleh Puan Sri Aisyah.

Salsabila Hana keseorangan di rumah. Dia rindu untuk melihat wajah suaminya. Mungkin Harris Iskandar sedang berbahagia bersama Nurin Inara. Dia juga tidak sabar menanti kepulangan suaminya.

"Sayang...Masuklah" ajak Harris Iskandar. Setelah pulang dari berbulan madu. Dia menarik tangan Nurin Inara masuk ke dalam rumah.

"Ye sayang... I dah masuk ni. Cantiknya rumah you, sayang" balas Nurin Inara lalu mengekori Harris Iskandar memasuki banglo mewah milik Harris Iskandar.

"Sayang, inilah istana cinta kita. Dah lama i beli banglo ni" ujar Harris Iskandar sambil merangkul erat pinggang Nurin Inara.

Salsabila Hana mendekati pasangan pengantin baru yang baru sahaja tiba. Harris Iskandar memperkenalkan isterinya kepada Salsabila Hana. Harris Iskandar merangkul erat pinggang Nurin Inara dan beberapa kali mencium pipi Nurin Inara.

Salsabila Hana tahu yang Harris Iskandar hanya ingin menyakiti hatinya. Isteri mana yang tidak cemburu apabila melihat suaminya bersama wanita lain. Apakan daya, itulah nasib Salsabila Hana. Sering disakiti oleh Harris Iskandar.

"Hana, ni isteri aku, Nurin Inara" Harris Iskandar memperkenalkan isterinya dengan senyuman yang cukup bahagia.

"Baik, tuan. Saya Salsabila Hana" balas Salsabila Hana sambil menghulurkan kedua tangan untuk bersalaman dengan Nurin Inara. Nurin Inara tidak menyambut huluran tangan Salsabila Hana. Salsabila Hana hanya melihat gelagat Harris Iskandar yang langsung tidak memperdulikannya.

"Mulai hari ni. Kau panggil isteri aku, Puan Nurin. Faham tak?" bentak Harris Iskandar dengan menyuruh Salsabila Hana memanggil Nurin Inara dengan panggilan Puan.

"Faham, tuan" jawab Salsabila Hana ringkas.

"Ni la orang gaji kita. So you boleh suruh dia buat apa saja" terang Harris Iskandar dengan memperkenalkan Salsabila Hana sebagai orang gaji di rumah itu.

"Sayang... Jom tengok bilik kita. Letih betul kan travel jauh-jauh ni. Biasalah, baru balik dari honeymoon" bisik Harris Iskandar ke telinga Nurin Inara. Dia sengaja ingin membuat Salsabila Hana mendengarnya. Harris Iskandar menarik tangan Nurin Inara supaya mengikutinya ke bilik atas.

"Hana, siapkan makan malam kami, okay. One more thing, kau tolong bawa masuk beg yang ada di dalam bonet kereta. Faham!" arah Harris Iskandar dengan memberi isyarat supaya Salsabila Hana beredar dengan segera.

Sedih dan terseksa jiwa bila melihat orang yang kita cintai, bahagia bersama orang lain. Tetapi cinta tidak boleh dipaksa. Cinta juga tidak seharusnya memiliki. Tetapi tergamak Harris Iskandar memperkenalkannya sebagai orang gaji. Remuk luluh hati Salsabila Hana apabila dia dilayan sedemikian rupa. Salsabila Hana tahu bahawa hati Harris Iskandar milik Nurin Inara selamanya.

Selepas mengangkat beg pakaian ke ruang atas. Salsabila Hana segera ke dapur. Dia berusaha bertungkus -lumus di dapur menyiapkan makan malam. Apabila selesai memasak, dia mula menghidangkan makanan di meja makan. Makan malam sudah siap terhidang. Dia memanggil Harris Iskandar dan Nurin Inara untuk turun makan malam.

"Tuan, puan. Makan malam dah siap" panggil Salsabila Hana sambil mengetuk pintu bilik.
Harris Iskandar dan Nurin Inara terus keluar. Mereka berjalan berpegangan tangan menuju ke meja makan. Kemesraan yang tidak pernah Salsabila Hana perolehi. Mereka duduk menghadap satu sama lain.Nurin Inara terperanjat apabila mereka dihidangankan dengan makanan yang menarik dan menyelerakan. Begitu banyak lauk yang dimasak oleh Salsabila Hana. Dia tidak menyangka Salsabila Hana pandai memasak.

"Wahh. Nampak sedap semua lauk ni. Menarik pula tu. You yang masak ke Hana. Beruntung la i, hari-hari makan sedap-sedap" ujar Nurin Inara bermulanya sesi soal jawab. Pujian juga tidak lekang dari mulutnya. Sikapnya yang periang dan ceria juga membuatkan rumah itu yang sentiasa sunyi bertukar ceria.

"Ye, puan. Saya yang masak semua lauk ni" balas Salsabila Hana sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan. Tersenyum Salsabila Hana melihat gelagat Nurin Inara.

"Jemput makan, tuan puan" ujar Salsabila Hana berlalu ke dapur. Dia meninggalkan pengantin baru untuk menikmati makan malam mereka berdua.

Dari dapur, Salsabila Hana boleh mendengar suara gelak tawa, usik mengusik dan kemesraan antara Harris Iskandar dan Nurin Inara. Salsabila Hana cuba untuk berfikiran positif. Dia tahu, dirinya bukan siapa-siapa di hati Harris Iskandar.

Salsabila Hana segera menyiapkan kerjanya di dapur. Semenjak 2 ,3 hari ini, dia berasa kurang sihat. Sakitnya kerap kali datang menyerang. Dia hanya mampu bertahan dengan pengambilan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor.

Prang..... Pinggan yang dipegang Salsabila Hana terhempas ke lantai. Kesakitan mula dirasai. Penglihatannya mulai kabur. Terasa longlai kakinya untuk berdiri apatah lagi untuk berjalan. Dia mengagahkan diri untuk duduk di meja dapur.

Secara tiba-tiba sakitnya datang menyerang. Ubat diletakan di dalam bilik. Dia sudah tiada kudrat untuk melangkah pergi.Dia memerlukan bantuan, tetapi malangnya mulut bagaikan terkunci. Menahan sakit yang tidak tertanggung. Dia hanya mampu mengerang kesakitan. Dia meletakan kepalanya di atas meja. Dia terpaksa membiarkan kesakitannya beransur kurang dengan sendirinya. Begitulah setiap kali apabila dia mengalami kesakitan. Rasa yang sangat perit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience