BAB 90

Romance Completed 13711

Harris Iskandar dan Nurin Inara menzirahi pusara Salsabila Hana. Sebak hati Harris Iskandar ketika menjejakkan kaki ke tanah perkuburan itu. Hatinya mula merindui Salsabila Hana. Dia mencari pusara tempat persemadian Salsabila Hana. Akhirnya dia menjumpainya. Setelah selesai membacakan surah yassin, Harris Iskandar membersihkan pusara Salsabila Hana. Nurin Inara meninggalkan Harris Iskandar bersendirian dan memberi ruang untuk melepaskan rindu yang terbuku dihati.

"Assalamualaikum Hana. Abang datang ziarah pusara Hana. Abang minta maaf kerana terlalu banyak dosa yang abang lakukan terhadap Hana. Maafkan abang, Hana" rintih Harris Iskandar.

" Sekarang abang sudah mengerti apabila rindu dan sayang terhadap orang yang sudah pergi. Begitu juga dengan Hana apabila merindui keluarga Hana. Maafkan abang kerana kecuaian abang kelurga Hana yang menjadi korban. Abang menyesal kerana melayan Hana seperti hamba dan sentiasa mengabaikan Hana. Kalau boleh abang nak putarkan kembali waktu. Abang nak Hana hidup kembali dan bahagia bersama abang tetapi abang tak mampu melawan kuasa takdir" rintih Harris Iskandar lagi dengan penuh penyesalan.

"Hana nak tahu tak. Abang ada satu berita gembira. Tak lama lagi abang dah nak jadi papa. Abang tahu Hana selalu mendoakan kebahagian abang. Terima kasih Hana atas semua pergorbanan yang Hana lakukan kepada abang" mengomel Harris Iskandar seorang diri. Dia kelihatan tersenyum sendirian.

"Papa dan mama pun akan pulang ke Malaysia. Nanti abang bawakan mereke datang ziarah pusara Hana ye, sayang" luah Harris Iskandar lagi.

Akhirnya, segala yang yang terbuku dihatinya selama ini telah pun terluah. Beban yang ditanggung olehnya kian hilang. Dia juga perlu redha untuk meneruskan kehidupan yang mendatang.

Nurin Inara juga sekarang sudah banyak berubah. Dia juga sudah berhijab. Kini dia sedang hamil 3 bulan. Tidak lama lagi dia bakal bergelar seorang ibu. Dia tidak mahu lagi menjadi isteri derhaka seringkali melawan cakap suami. Berkat doa yang sering dipohon oleh Harris Iskandar dan Salsabila Hana akhirnya termakbul.

"Sayang, nanti kita dapat baby girl. Abang ingat nak letak nama Salsabila Hana. Sayang setuju tak?" tanya Harris Iskandar.

"Insha Allah boleh abang. Sayang pun suka nama tu. Tapi kalau baby boy kita beri nama Harris Iskandar Junior boleh abang?" gurau Nurin Inara. Harris Iskandar ketawa besar dengan gurauan itu.

Kini kehidupan Harris Iskandar begitu bermakna dan begitu bahagia disamping Nurin Iskandar bersama anak mereka yang bakal lahir nanti. Salsabila Hana sentiasa berada di dalam hatinya. Walaupun dia tidak sempat membahagiakan Salsabila Hana tetapi dia tidak pernah melupakan isteri pertamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience