BAB 80

Romance Completed 13711

Salsabila Hana bertemu Rozita di kedai bakeri milik Rozita sendiri. Setelah hampir 4 tahun tidak bertemu, akhirnya mereka dipertemukan semula. Kelihatan mereka berdua begitu teruja dan gembira sekali apabila bertemu.

"Hana.... Apa khabar? Lamanya menghilang" soal Rozita sambil memeluk erat Salsabila Hana.

"Alhamdulillah, Hana baik je kak. Kak apa khabar? Kedai pun Hana tengok dah semakin maju sekarang dan semakin ramai pelanggan yang datang" tanya Salsabila Hana kembali meleraikan pelukan antara mereka.

"Bukan senang nak maju sekarang ni. Berkat usaha dan doa. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Hana duduklah dulu" ajak Rozita sambil menunding jari ke arah meja yang masih kosong.

"Kak, buatlah kerja dahulu. Nanti free bolehlah kita sambung berborak" balas Salsabila Hana.

"Okay, nanti akak datang balik ye" balas Rozita berlalu pergi.

Banyak betul perubahan yang dilakukan oleh Rozita pada kedai bakerinya. Asalnya hanya perniagaan secara kecil-kecilan sekarang sudah begitu besar perniagaanya.

"Hana pergi mana selama ni? Hilang terus tanpa dapat dikesan. Kak ada juga call handphone Hana tapi tiada dalam perkhidmatan" tanya Rozita sambil membawa sepotong kek untuk dihidangkan kepada Salsabila Hana.

"Panjang ceritanya, kak. Hana pun dah berkahwin sekarang" jawab Salsabila Hana.

"Wahhh.... Tahniah Hana. Suami orang mana? Sekarang Hana tinggal di mana?" tanya Rozita lagi.

"Sekarang Hana dalam masalah. Hana nak minta tolong sikit. Boleh tak kak?" pinta Salsabila Hana.

"Emmm.. Kenapa Hana? Hana ada masalah apa? Cuba Hana ceritakan" balas Rozita untuk mengetahui perkara sebenar.

"Hana nak tumpang tinggal di rumah kak. Boleh tak? Sementara waktu je" beritahu Salsabila Hana dengan suara sebak. Menitis air matanya.

"Okay, Hana. Sekarang Hana tunggu sini kejap. Dalam 1 jam lagi kedai ni dah nak ditutup. Nanti Hana ikut kak Ita balik ye" kata Rozita berlalu pergi untuk menyiapkan kerja yang tersisa.

Rozita membawa pulang Salsabila Hana ke rumahnya. Dia tinggal bersama seorang lagi kawannya. Rozita masih lagi bujang. Salsabila Hana hanya mengikut Rozita kerana dia memerlukan seseorang untuk menemaninya. Untuk mengelakan apa-apa kejadian buruk berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience