BAB 12

Romance Completed 13711

Harris Iskandar terkenangkan peristiwa 7 tahun yang lalu. Semasa dia mula mengenali Nurin Inara. Cinta hatinya yang tersemat di hati buat selamanya.

"Nurin Inara......" sapa Harris Iskandar.

"Ye saya, awak siapa? Awak kenal saya ke?" balas Nurin Inara apabila disapa oleh Harris Iskandar.

"Saya Harris Iskandar. Saya budak Pengurusan Perniagaan. Awak pula? Boleh kita berkenalan?" soal Harris Iskandar bersungguh- sungguh.

"Ohh.... Saya pula dari jurusan Pentadbiran Awam. Berkenalan dengan awak.. Emmmm... Nanti saya fikirkan dulu" balas Nurin Inara.

"Awak janganlah jual mahal. Saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan awak" ujar Harris Iskandar apabila dia masih belum mendapat jawapan yang dia inginkan dari Nurin Inara.

"Emmm... Okay... Boleh je awak, salam perkenalan dari saya" balas Nurin Inara dengan senyuman yang tidak pernah leka dari bibirnya.

"Terima kasih awak. Salam pekenalan juga. Macam terpaksa pula awak cakap macam tu. Apa-apa pun boleh awak bagi saya nombor telefon?" tanya Harris Iskandar.

"Nah... Saya pergi dulu. Saya ada kelas sekarang. Bye awak" Nurin Inara menghulurkan secebis kertas yang tertera nombor telefon bimbitnya.

Itulah bibit-bibit pertemuan mereka berdua. Harris Iskandar dan Nurin Inara sudah tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing dan menyulam cinta antara mereka. Perkenalan pertama sewaktu menuntut di Universiti Malaya. Cinta pandang pertama. Perkenalan itu berterusan sehingga Harris Iskandar melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di luar negara.

Setelah masing- masing berjaya menamatkan pengajian. Harris Iskandar terus mengambil alih syarikat Megah Padu Holdings daripada Tan Sri Hizuddin. Tan Sri Hizuddin ingin memberi fokus kepada syarikatnya yang lain. Itu matlamat Tan Sri Hizuddin apabila Harris Iskandar menamatkan pengajian.

Nurin Inara pula sedang sibuk mengejar populariti. Dia sekarang sudah menjadi model terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa. Dengan memiliki rupa paras yang cantik, badan yang ramping dan perwatakkannya yang ceria melayakkan dia sebagai seorang model yang berbakat besar. Sebenarnya itulah impian Nurin Inara semenjak dari kecil lagi.

"Harris, nanti lepas kita bertunang I akan berlepas ke Paris. I pergi dalam 3 bulan macam tu" terang Nurin Inara kepada Harris Iskandar.

"Haaaa... Kenapa pula? Itu bukan rancangan asal kita, sayang. Dah lama kita rancang nak bertunang dan 6 bulan lepas tu kita akan terus kahwin. You jangan main-main Nurin" ujar Harris Iskandar bimbing juga jika Nurin Inara akan menangguhkan lagi hari pertunangan mereka.

"Ala, lepas bertunanglah bukannya sekarang. You janganlah risau sayang" balas Nurin Inara dengan suara yang manja. Suara yang boleh membuat semua lelaki cair termasuklah Harris Iskandar.

"Emmmm... Okay, I follow. I harap you jangan ulangi lagi perkara yang lepas. Janji..." terang Harris Iskandar. Dia tahu yang dia akan tewas bila dipujuk rayu oleh gadis yang dicintainya.

Pertunangan mereka yanh telah dirancang oleh keluarga masing-masing dengan rapi. Majlis pertunangan mereka diadakan di kediaman Datuk Umar Ismail dan Datin Zubaidah iaitu ibu bapa Nurin Inara. Majlis pertunangan mereka berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang.

Nurin Inara dan Harris Iskandar mengenakan busana sedondon berwarna baby blue. Mereka berdua bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Majlis itu turut dihadiri oleh ahli kelurga terdekat dan sahabat karib.

Sekarang, Harris Iskandar sah bergelar tunangan kepada Nurin Inara. Perancangan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung 6 bulan yang mendatang. Persiapan rapi akan diuruskan oleh Puan Sri Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience