BAB 88

Romance Completed 13711

Setiap malam, Harris Iskandar akan mengalami mimpi yang sama ketika tidur. Dia tidak tahu apa maksud disebalik semunya yang telah berlaku.

"Maafkan abang, Hana. Abanglah punca segala-galanya. Abanglah yang membuatkan diri Hana merana. Abanglah pembunuh kelurga Hana" pekik Harris Iskandar seperti orang yang hilang akal.

"Heyyy... You ni dah kenapa? Malam-malam ni terpekik terlolong. You dah gila ke?" marah Nurin Inara apabila Harris Iskandar tiba-tiba memekik dengan kuat.

"Kau tahu tak aku ni pembunuh" meraung Harris Iskandar dalam tangisan.

"Hah... You bunuh siapa pula? You ada dengan i 24 hours. Cukuplah tu. Tidur je lah" pujuk Nurin Inara supaya Harris Iskandar bertenang.

"Aku dah bunuh keluarga Hana. Aku yang penyebab semua ahli keluarga dia meninggal. Aku pandu kereta dengan laju dan terbabas sehingga nyawa orang lain yang terkorban" terang Harris Iskandar lagi.

"Enough... I don't want listen anymore" pekik Nurin Inara mengila.

"Semuanya salah aku. Aku lah penyebab Hana hidup sebatang kara. Maafkan abang, Hana" ulang Harris Iskandar dengan nada penyesalan.

Nurin Inara mula mendekati Harris Iskandar untuk menenagkannya. Dia tidak mahu suaminya itu terus terusan menyalahkan diri semenjak kematian Salsabila Hana. Hidupnya menjadi tidak keruan dengan perubahan sikap Harris Iskandar. Dia perlu bertindak dengan segera sebelum semuanya terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience