BAB 77

Romance Completed 13711

Setelah 3 hari Salsabila Hana dimasukkan ke wad. Akhirnya dia dibenarkan pulang. Harris Iskandar sentiasa berada di sisi Salsabila Hana sepanjang dia di tempatkan di situ. Terpancar di wajah Harris Iskandar perasaan bersalah.

"Hana... Maafkan abang kerana mengabaikan dan membiarkan Hana" ucap Harris Iskandar sambil menundukkan kepalanya.

"Hana dah maafkan abang. Hana ada pergi bilik abang malam tu, tapi abang tak keluar pun bila Hana ketuk pintu. Abang dah tidur ke?" tanya Salsabila Hana.

"Ohhh... Abang keluar jumpa kawan. Maafkan abang sebab bersikap dingin dengan Hana. Fikiran abang kusut" jawab Harris Iskandar.

"Hana okay je abang. Hana faham abang pasti keliru dengan perasaan abang. Abang ada jumpa Nurin?" tanya Salsabila Hana.

"Emmm.... Keliru untuk apa Hana? Abang nak tanya sikit. Macam mana Hana boleh tak sedarkan diri?" tanya Harris Iskandar kembali dan dia sengaja mengelak untuk menjawab pertanyaan Salsabila Hana.

"Hana tak sihat malam tu. Lepas balik dari bilik abang, Hana terus baring tapi sakit pula datang menyerang. Hana dah tak terdaya. Kesakitaan yang teramat sakit. Lepas tu, Hana dah tak sedar apa yang berlaku" jawab Salsabila Hana dengan penuh perasaan.

"Hana ada sembunyikan sesuatu daripada abang ke?" tanya Harris Iskandar lagi.

"Emmmm....Sembunyi apa abang?" balas Salsabila Hana dengan nada yang bergetar.

Salsabila Hana mengesyaki Harris Iskandar telah mengetahui tentang kansernya yang telah berada di tahap 4. Dia tidak tahu bagaimana perlu dia berterus terang kepada Harris Iskandar.

Percutian kali ini begitu tragis sekali apabila mereka tidak sempat untuk menikmati percutian yang indah di Cameron Highland. Harris Iskandar dan Salsabila Hana masing-masing mempunyai rahsia yang sukar diungkapkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience