BAB 74

Romance Completed 13711

Semenjak akhir-akhir ini sikap Harris Iskandar kian berubah. Dia lebih suka menyendiri daripada bersama Salsabila Hana seperti kebiasaannya. Salsabila Hana hanya mendiamkan diri. Dia takut untuk bersuara kerana bimbang Harris Iskandar akan membenci dirinya semula. Perubahan itu berlaku semenjak Harris Iskandar memberitahu bahawa dia sering mendapat panggilan daripada orang yang tidak dikenali.

"Abang, hujung minggu ni jadi ke kita bercuti di Cameron Highland?" tanya Salsabila Hana memulakan bicara.

"Jadi" balas Harris Iskandar ringkas. Dia asyik dengan telefon bimbitnya.

Salsabila Hana hanya melihat gelagat suaminya yang tidak langsung mengendahkannya lagi. Harris Iskandar seperti dirinya yang dahulu. Mula menjauhkan diri dari Salsabila Hana. Kenapa Harris Iskandar berubah sikap? Siapakah gerangan orang yang sering menghubungi Harris Iskandar? Pelbagai persoalan yang timbul di kotak fikiran Salsabila Hana.

"Hana.... Esok kemaskan barangan kita. Esok petang kita bertolak ke Cameron Highland" beritahu Harris Iskandar setelah selesai menikmati makan malam.

"Ha... Satu lagi, mulai malam ni. Hana tidur di bilik sendiri. Tak perlu lagi tidur di bilik abang" terang Harris Iskandar berlalu pergi.

Salsabila Hana mengangguk faham. Dia tidak dibenarkan lagi untuk tidur sebilik bersama Harris Iskandar. Begitu drastik perubahan Harris Iskandar.

"Kenapa dengan dia? Kenapa lain macam je aku tengok? Mungkin dia dah jumpa Nurin agaknya" bisik Salsabila Hana sendiri.

Salsabila Hana melakukan apa yang diarahkan oleh Harris Iskandar. Malam itu, dia kembali semula ke biliknya. Dia tidak dapat melelapkan mata apabila terbayangkan wajah Harris Iskandar yang sentiasa berada di sisinya semenjak beberapa bulan yang lalu.

"Ishhhh... Kenapalah aku tak dapat lelapkan mata ni? Apa yang aku fikirkan? Emmmmm... Esok banyak lagi kerja menanti. Baik aku kemaskan pakaian aku dulu. Esok baru baju dia" mengomel Salsabila Hana. Dia turun dari katilnya dan mula mengambil beberapa helai baju untuk dimasukkan ke dalam beg.

Salsabila Hana menyelesaikan semua urusan kerja untuk malam itu. Dia cuba untuk melelapkan mata. Entah bila dia tertidur. Tidur nenyak dia malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience