BAB 53

Romance Completed 13711

Tan Sri Hizuddin baru sahaja tiba di kediamannya di London dari Mekah setelah selesai mengerjakan umrah bersama Puan Sri Aisyah. Sebulan lebih mereka berada di sana. Dia cuba menghubungi Harris Iskandar, tetapi gagal. Dia segera menghubungi pejabat anaknya.

"Hello, Harris ada? Ni saya, Tan Sri Hizuddin" tanya Tan Sri Hizuddin serta memperkenalkan dirinya.

"Ya, Tan Sri. encik Harris belum masuk pejabat lagi. Dia masih bercuti" jawab Sofea Adriana.

"Emmm... Kenapa saya call handphone tetapi gagal dihubungi? Harris tukar nombor lain ke?" tanya Tan Sri Hizuddin lagi. Dia risau kerana Harris Iskandar ada menghubunginya kira-kira sebulan yang lalu.

"Tan Sri, sebenarnya..." jawab Sofea Adriana tergagap-gagap apabila disoal oleh Tan Sri Hizuddin.

"Kenapa dengan Harris?" tanya Tan Sri Hizuddin lagi mahukan kepastian.

"Maafkan saya, Tan Sri. Saya ada juga cuba menghubungi Tan Sri. Encik Harris kemalangan jalan raya sudah sebulan dia berada di icu dan masih lagi dalam keadaan koma" dengan suara bergentar Sofea Adriana memperjelaskan apa yang perlu diberitahu kepada Tan SrI Hizuddin.

"Innalillahi.." balas Tan Sri Hizuddin dengan penuh kepiluan di benak hatinya.

Tan Sri Hizuddin menamatkan perbualan tersebut. Lemah longlai kakinya. Dia juga perlu segera memberitahu isterinya mengenai keadaan sebenar anak tunggal mereka.

"Sayang...." panggil Tan Sri Hizuddin. Dia sudah terduduk di atas lantai.

"Kenapa ni, abang? Abang sakit ke?" tanya Puan Sri Aisyah apabila melihat perubahan pada suaminya secara tiba-tiba dan kelihatan begitu lemah.

"Harris accident. Dia koma dan sekarang dia berada di icu. Kita kena balik Malaysia sekarang juga" beritahu Tan Sri Hizuddin. Puan Sri Aisyah terus meraung apabila dia mengetahui Harris Iskandar sedang koma di unit rawatan rapi.

Tan Sri Hizuddin bersama Puan Sri Aisyah pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat boeing 787-900 British Airways BA34 dari Heathrow London ke Kuala Lumpur. Penerbangan mereka yang mengambil masa yang lama iaitu 15jam tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience