BAB 1

Romance Completed 13711

Kring.....Kring..... Kring.. Telefon rumah Harris Iskandar berdering. Dengan pantas Slsabila Hana mengangkat ganggang telefon.

"Assalamualaikum, ni rumah Puan Salsabila Hana ke?" tanya Fariza untuk mendapatkan kepastian.

"Waalaikumusalam. Betul Cik, saya yang bercakap. Siapa Cik ye" soal Salsabila Hana untuk mendapat kepastian.

"Saya, jururawat dari Hospital Netro. Nama saya Fariza, puan" balas Fariza dan memperkenalkan dirinya.

"Ohhhh... Ada apa-apa yang boleh saya bantu Cik Fariza?" pinta Salsabila Hana apabila dia sudah mengetahui perkara sebenar.

"Saya mendapat arahan daripada Doktor Zulaika untuk meminta puan datang ke hospital bersama waris atau penjaga." terang Fariza dengan terperinci.

"Emmm... Kenapa saya perlu bawa penjaga ye?" soal Salsabila Hana lagi.

"Saya tak pasti puan, saya hanya terima arahan daripada doktor sahaja. Puan diminta hadir pada hari Isnin minggu hadapan" balas Fariza.

"Errr... Baiklah saya akan cuba hadir bersama dengan penjaga saya. Terima kasih Cik Fariza. Assalamualaikum" terang Salsabila Hana kepada Fariza sambil mengucapkan terima kasih lalu meletak ganggang telefon.

Petang itu, Salsabila Hana sedang menyiapkan makan malam untuk Harris Iskandar. Dia bercadang ingin memberitahu Harris Iskandar mengenai Doktor Zulaika.

Perasaannya bercampur baur. Takut dan serba salah kerana dia sendiri belum pasti apa yang Doktor Zulaika ingin sampaikan kepada mereka.

"Ishhhhh... Takutnya aku nak beritahu dia ni. Karang dia cakap aku mengada-gada pula" mengomel Salsabila Hana sambil dia memotong lobak merah. Dia perlu menyiapkan makan malam dengan segera.

Sudah menjadi rutin hariaannya selepas 6 bulan bergelar isteri kepada Harris Iskandar. Menyediakan makan malam untuk suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience