BAB 28

Romance Completed 13711

Harris Iskandar dan Nurin Inara hampir 7 bulan melayari bahtera rumahtangga. Sikap Nurin Inara dari hari ke hari semakin merumitkan. Harris Iskandar tidak dapat lagi mengawal isterinya. Nurin Inara hanya mahukan kebebasan tanpa sebarang halangan.

Sikapnya berubah apabila Harris Iskandar sering kali mengongkong hidupnya. Dia mula memberontak apabila Harris Iskandar mahunya duduk di rumah.

"Harris, you tahu tak? I boring la bila asyik terperap je dalam rumah" soal Nurin Inara.

"Habis, you nak ke mana? Asyik nak enjoy je. I dapat tahu you clubbing, betul ke? You ni agama apa?" sindir Harris Iskandar.

"You suka sangat control i. Ikut suka hati i lah nak ke mana pun" lawan Nurin Inara lalu masuk ke bilik mandi.

"You buka pintu ni sekarang!" pekik Harris Iskandar sambil mengetuk pintu dengan kuat sehingga Salsabila Hana terkejut.

Nurin Inara tidak mengendahkannya. Dia hanya membiarkan Harris Iskandar mengila. Dia sudah tidak tahan dengan sikap Harris Iskandar yang suka mengatur hidupnya.

"You buka pintu ni i cakap. You jangan buat darah i mendidih" gertak Harris Iskandar apabila kesabarannya sudah hilang.

Dengan selumber, Nurin Inara ke luar dari bilik mandi. Dia segera menyarung pakaiaannya. Dia bersiap-siap untuk keluar bersama rakan-rakannya.

"You nak ke mana pula ni?" soal Harris Iskandar cuba menghalang Nurin Inara daripada keluar.

"Ishhhh... Tepi la sikit. I nak keluar dengan kawan i" balas Nurin Inara menolak tangan Harris Iskandar yang menghalangnya.

"Okay, fine. Sekarang ikut suka you lah nak buat apa pun" kata Harris Iskandar apabila arahannya tidak diendahkan langsung oleh Nurin Inara.

Nurin Inara berlalu meninggalkan Harris Iskandar. Dia perlu segera pergi kerana rakannya sedang menunggunya di luar.

Salsabila Hana hanya memerhatikan Nurin Inara. Dia juga terdengar perbalahan antara Harris Iskandar dan Nurin Inara. Dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience