BAB 26

Romance Completed 13711

"Doktor, bagaimana keadaan isteri saya" tanya Harris Iskandar apabila melihat seorang doktor keluar dari bilik rawatan yang menempatkan Salsabila Hana.

"Sabar ye, encik. Keadaan isteri encik masih lagi lemah. Dia perlu admit ward dengan kadar segera" balas doktor itu.

"Terima kasih, doktor" ucap Harris Iskandar apabila doktor itu berjalan meninggalkannya.

Salsabila Hana dalam keadaan stabil tetapi memerlukan rawatan susulan. Dia masih lagi dalam keadaan lemah. Harris Iskandar mengekori Salsabila Hana semasa ditolak ke wad.

Harris Iskandar melihat keadaan Salsabila Hana. Baru dia tahu yang Salsabila Hana mengalami keguguran rambut kesan daripada kimoterapi. Patutlah selama ini Salsabila Hana selalu mengenakan tudung walaupun berada di dalam rumah. Dia menyembunyikan keadaannya yang sebenar.

"Tuan....." panggil Salsabila Hana. Lemah sahaja suaranya.

"Ye, Hana... Aku minta maaf, semua ni salah aku. Kalau aku tak ajak kau keluar. Mungkin semua ini takkan berlaku" suara yang penuh penyesalan Harris Iskandar apabila dia sedar bahawa dia penyebab Salsabila Hana pengsan.

"Tuan, jangan cakap begitu. Saya okay. Tuan jangan risau ye" kata Salasabila Hana dengan nada yang bergetar. Dia sedar yang Harris Iskandar bersikap dan melayannya dengan baik.

Telefon Harris Iskandar berdering. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu beredar dari sisi katil Salsabila Hana. Dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello, sayang.... Sorry i ada di hospital sekarang. Hana pengsan tadi" beritahu Harris Iskandar kepada Nurin Inara.

"Oh... Habis i kat rumah ni dah macam tunggul kayu, kenapa you tak call i?" balas Nurin Inara cemburu apabila Harris Iskandar bersama Salsabila Hana.

"Nanti i baliklah, sayang. Okay, nanti i jumpa you di rumah. Bye, sayang" balas Harris Iskandar menamatkan perbualannya bersama Nurin Iskandar. Dia malas melayan karenah Nurin Inara yang cemburu buta dan mengada-gada.

Salsabila Hana hanya terbaring di atas katil. Perutnya berasa lapar tetapi selera makannya hilang. Harris Iskandar menghulurkan sekotak kecil susu segar kepadanya. Lalu dicapai oleh Salsabila Hana.

"Terima kasih, tuan" ucap Salsabila Hana.

"Okay, Hana. Aku balik dulu. Nanti apa-apa Hana call, okay" terang Harris Iskandar kepada Salsabila Hana.

"Oh... terlupa pula. Kau memang tak pernah guna handphone dari dulu lagi? soal Harris Iskandar lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Handphone saya tercicir, tuan. Saya tak tahu ia tercicir di mana?" balas Salsabila Hana. Dia berasa hairan kerana selama mereka berkahwin, Harris Iskandar tidak pernah bertanyakan tentang telefon bimbitnya.

Harris Iskandar beredar meninggalkan Salsabila Hana seorang diri. Entah berapa lama Salsabila Hana perlu berada di hospital kali ini. Dia perlu menjalani rawatan susulan kerana sel kansernya semakin merebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience