BAB 52

Romance Completed 13711

Harris Iskandar di tempatkan di bilik khas bagi memudahkan doktor membuat pemantauan. Dia masih lagi dalam keadaan koma. Hampir seminggu dia terlantar di hospital. Salsabila Hana sentiasa berada di sisi suaminya.

"Assalamualaikum, tuan... Bukalah mata, cuba tengok Hana sekarang. Hana rindu nak dengar suara. Rindu dengan pandangan mata. Rindu nak dengar suara tuan yang selalu panggil Hana" bisik Salsabila Hana ke telinga Harris Iskandar. Dia berharap agar Harris Iskandar mendengar setiap kata yang dibisikkan olehnya.

"Hana tolong lapkan badan tuan ya. Baru segar sikit bila badan dah kena air ni" bisik Salsabila Hana lagi sambil tangannya mengelap seluruh badan Harris Iskandar. Dijaga dengan rapi.

Dalam setiap sujud terakhir dan doa selepas solat, Salsabila Hana pasti mendoakan kesembuhan, ketenangan serta dikurniakan kesihatan yang baik buat suaminya, Harris Iskandar.

"Ya Allah, ya tuhan ku. Ampunkanlah segala dosaku, dosa suamiku serta dosa ahli keluargaku samada yang masih hidup atau yang telah pergi. Kau berkatilah hidupku ini Ya Allah. Kau berikanlah kesembuhan serta dan panjangkan umur suamiku, Harris Iskandar. Tiada tempat lain untuk aku meminta selain kepada-Mu Ya Allah" doa yang sering dititipkan Salsabila Hana untuk Harris Iskandar. Semoga ada keajaiban yang berlaku.

Salsabila Hana ada juga cuba menghubungi Tan Sri Hizuddin dan Puan Sri Aisyah, malangnya mereka gagal dihubungi. Dia telah buntu mencari jalan untuk menghubungi mertuanya.

Salsabila Hana siang dan malam hanya menemani Harris Iskandar. Dia juga lupa bahawa dirinya juga tidak sihat. Kadang-kadang dia terpaksa mengabaikan kesihatannya demi menjaga Harris Iskandar.

"Doktor, bagaimana dengan keadaan suami saya?" tanya Salsabila Hana apabila doktor datang untuk membuat pemeriksaan.

"Daripada yang saya lihat, suami puan dalam keadaan stabil. Cuma dia bergantung penuh kepada mesin bantuan pernafasan. Kita akan pantau dia dari semasa ke semasa" terang doktor itu sambil memeriksa Harris Iskandar.

Salsabila Hana tidak sabar untuk melihat Harris Iskandar sihat seperti dahulu. Riang ceria bergurau senda. Sekarang Harris Iskandar terbaring kaku. Salsabila Hana perlu kuat untuk Harris Iskandar. Dia tidak boleh berputus asa. Dia juga berazam untuk membantu pulihkan Harris Iskandar daripada lumpuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience